Entry: :) Kata Lewah Saturday, May 09, 2015



Bismillah

Assalamualaikum,



Tesis kaksu insya-Allah salah satunyu berkaitan dengan perkataan yang dianggap lewah tetapi sebenarnya menunjukkan, bagaimana pemikir (pengarang) Melayu menyusun fikirannya secara berstruktur atau lebih tepat lagi proses organisasi mental (Hassan Ahmad, 2011:8).

Keupayaan berfikir secara kreatif melalui proses mental disebut sebagai kaedah metafora. Kaedah berfikir ini menurut Hassan, ditunjukkan dengan cermat dalam perumpamaan, perbandingan, kiasan dan tamsil ibarat, untuk menyampaikan sesuatu konsep yang abstrak dengan menggunakan sesuatu benda daripada alam nyata sebagai analoginya.

Yang buta menghembus lesung
Yang pekak membakar meriam
Yang bisu menyimpan rahsia
Yang tempang menjaga tongkat
Yang kurus menjaga lauk
Yang gemuk mengimbang perahu
Yang lumpuh menghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap mengandar buluh
Yang cerdik teman berunding
Yang bebal disuruh diarah
Yang berani dibuat kepala lawan
Yang cerdik teman berunding
Yang alim hendakkan doanya
Yang kaya merasa emasnya
Yang ada dimakan bersama

Ini tentunya dianggap sebagai lewah dalam dunia sekarang, tetapi sebenarnya dengan menggunakan bahasa figuratiflah dapat menunjukkan keluarbiasaan akal Melayu.

Hal ini ditafsirkan secara tersurat sebagai (1) pekerjaan yang sesuai untuk orang yang begitu fizikalnya, atau secara tersiratnya (2) seseorang itu dinilai oleh masyarakat begitu berdasarkan sikap dan keupayaan (contoh yang bisu di sini, ialah mereka yang pandai tutup mulut).

Sementara dalam institusi keluarga Melayu (3) kedudukan seseorang lelaki yang tinggal dengan keluarga isterinya sekiranya dia diperlakukan begitu, begitulah tanggapan dia dalam keluarga tersebut.

ps: doakan kaksu dipermudahkan urusan menyiap Bab 1, 2, 3 ya dalam seminggu dua ini ya. Oh, semangat datanglah. Oh, fikiran yang kritis bangunlah. Oh, mata terus membaca dengan banyak ya. Oh, masa janganlah cepat meninggalkan saya.

   3 comments

Notie
May 13, 2015   07:44 AM PDT
 
Alahaiii indahnya bahasa yang tersurat dan tersirat.

Semuga Allah permudahkan urusan Kak su. Aamin
farhana
May 12, 2015   05:52 PM PDT
 
Assalamualaikum,kaksu.boleh saya tahu kt mana saya boleh dapatkan karya kaksu yang terdahulu?saya hanya dapat beli buku2 kaksu terbitan jemari seni sahaja.terima kasih
KakChik
May 10, 2015   11:18 AM PDT
 
Waalaikumussalam kaksu,
Semoga kaksu diberi kelapangan waktu, ketenangan fikir dan minda dan juga kerajinan untuk menulis ye.

Semoga apa yang diusahakan diberkati oleh Allah SWT.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments