Entry: Anjung Mak Cik Raja - [2] Monday, August 24, 2009



AIR SARBAT


Salam,

Waktu kecil-kecil dahulu waktu begini sudah berbau la dapur nenek (kami panggil, tok) kaksu dengan segala mak nenek makanan.  Awal-awal begini akan dimulai dengan kuih-kuih yang  harum berbau pandan, misalnya, lopes, buah Melaka, jongkong, cendol, bengkang pandan, seri kaya pandan (orang kedah panggil, serimuka)... paling-paling tidak pun, tok akan jerang air sarbat (ejaan betulnya mengikut kamus Dewan, syarbat tau), tetapi orang luar biasanya akan sebutnya sebagai air sirap aja.

 

Air sarbat tok istimewa sebab, tok ada cara khas untuk menjernihkan gula supaya nampak 'translucent'. Proses R&D tok untuk mencipta gula sirapnya itu dimulai daripada 'try n error' ...  DAN... akhirnya, itulah hasilnya. Yakni, tok akan membasuh kulit telur bersih-bersih, kemudian dicampurkan ke dalam periuk berisi gula pasir, pewarna merah, daun pandan dan rempah. Kaksu tidak ingat jenis rempahnya... sama ada guna buah pelaga? Bunga cengkeh? Atau kulit kayu manis, yang pastinya bukannya bunga lawang.

 

Kenapa kulit telur?

Kotoran gula, akan mudah melekat pada kulit telur itu, dan kemudian semuanya itu akan ditapis buang. Jadilah air sarbat yang jernih, wangi serta manis, semestinya. Tapi kan, sedari dahulu kaksu memang tidak boleh terima konsep tentang masukan kulit telur untuk menjernihkan gula. Tak hanyir ka? Tapi sememangnya tidak pernah hanyir. Bagaimana pula unsur batu kapur (kalsium) pada kulit telur boleh menjernihkan gula ek? Musykil.

 

Dulu-dulu waktu kaksu tinggal di Sibu, jiran kaksu – Tie, isteri Ustaz Ghani juga pandai membuat air sarbat yang wangi dan sedap. Walaupun dia tunjuk betul-betul siap langkah demi langkah untuk kaksu... tentu sahaja bilamana kaksu ulang di rumah, tetap tidak menjadi. Itulah yang orang kata air tangan.

Macam kaksu la, kaksu memang tidak pandai membuat dessert... itu sudah pasti! Air tangan kaksu untuk dessert -- 'out' tak boleh diharap langsung. Mujurlah kaksu jenis yang tidak begitu gemar makan dessert... tetapi Enche Housemate tersangatlah suka. Setiap kali dia akan bercerita betapa sedapnya satu dua dessert yang kaksu pernah buat bertahun-tahun dahulu pada kawan-kawan atau saudara kaksu, buat kaksu malu sahaja. Maknanya, dalam maksud tersiratnya... sudah lama benar (berdekad-dekad?) kaksu tidak membuat kuih yang manis-manis... sehingga dia terpaksa mengingati sejarah akan kerajinan kaksu suatu waktu dahulu ahaks.

 

Semalam kononnya kaksu mereneh sarbat la, tetapi seperti yang diduga – memang tidak sampai tahap ISO tok, malah tidak melepasi kepandaian Tie Ustaz Ghani. Kenapa kaksu buat air sirap? Kerana Enche Housemate dalam dua minggu ini sudah beli dua kilo gula. Aduh, kaksu sudah bertanya kenapa beli gula yang banyak – sebab selama ini hendak habiskan sekilo sebulan pun puas berchenta.

 

Alasannya, semua orang beli – dan semua orang boleh beli maksimum sekilo, jadi Enche Housemate belilah. Oh, tidak... janganlah rumah kaksu diserbu kerana menjadi pusat penyimpanan gula – ala-ala antisorok ahaks.

 

Catatan:

Walaupun kaksu tidak suka dessert, tetapi ada juga beberapa jenis kuih yang berasaskan sirap yang kaksu suka. Kaksu suka agar-agar merah yang lembut, dan juga kuih lidah tok wan.


Lidah tok wan?
Kuih apa tu? Oh, itu ialah kuih sagu yang digulingkan dalam nyiur parut muda. Adik kaksu Laili yang mulakan nama tu sewaktu dia kecil-kecil. Dia pelajari dari tadika. Mula-mula macam geli aje namanya. Sekarang  okey aje... dan semua anak cucu tok kaksu panggil macam tu.

   11 comments

misssaffaa
August 26, 2009   08:45 PM PDT
 
waah...kuih pebret kite sama la kaksu :P (exc biskut suji tau)
angahsu
August 26, 2009   07:34 AM PDT
 
kiter panggil nenek kiter tok jugak..dh 2 thn tk dpt sambut puasa ngan tok...al fatihah utk tok..
basimah
August 25, 2009   04:01 PM PDT
 
salam kaksu!wahhhhh meleleh air liur je bila baca cerita bab makan ni!
kena poie cari kat pasar ramadhan ni!!!
nawwir
August 25, 2009   02:03 PM PDT
 
kaksu,

Lidah tok wan!, tak pernah dengar.... ker nama kuih tur ada sejarah.....
airina
August 25, 2009   12:20 PM PDT
 
kuih lidah tu kuih sagu merah tu ke?
klu kat kg sy, kuih lidah ni adalah kuih lidah yg dari tepung & disalut gula hehehe
apa yg pasti kedua2 kuih lidah ni mmg sedap
nacha
August 25, 2009   10:17 AM PDT
 
kaksu.. kat kpg sy pulak air sarbat ialah air sirap bandung. paling sedap diminum waktu buka puasa. sirap + susu + ice-cream soda. slurp..slurp.. :)

emm.. kalo x silap dulu arwah mak saya reneh air sirap tu dgn bunga cengkih. tapi x leh ltk byk2 sbb nanti x lalu nak minum.
aHaDa
August 25, 2009   08:52 AM PDT
 
kaksu,

kat kuantan kan x jmp la sharbat... klu kt penang dlu byk je...
kuih lopes & kuih sagu merah ni pun xjmp lg....
kak ee
August 25, 2009   08:38 AM PDT
 
teringat kat air sarbat campur selasih...
tok yang
August 25, 2009   08:23 AM PDT
 
lidah buaya :O

kalo lidah klavu??? tatau masuk ka mulut ker tak urghhhhhhh sumpah tamauuuuuu

tetiba teringat sirap berudu dahlia
Kak Ajah
August 24, 2009   10:58 PM PDT
 
klavu, sini panggil lidah buaya kalau yg mcm tu.
kLavu
August 24, 2009   07:18 PM PDT
 
kuih lidah kat sini lain lah kaksu, ntah orang sana panggil apa, tapi dibuat dari tepung yang digoreng dan bersalut gula

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments