Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004



NOOR SURAYA



<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


E-Novel


KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


 
Friday, August 07, 2009
WS Renda Pergi....

Budayawan dan penyair terkemuka Indonesia WS Rendra, yang berpengaruh di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di sini malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung.


Allahyarham WS Rendra

Media massa tempatan melaporkan Rendra, 74, yang juga dikenali "Si Burung Merak" meninggal dunia pada 10.15 malam tadi, dan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga isteri - dua daripadanya sudah diceraikan.

Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya Sitoresmi Prabuningrat, beliau menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra daripada nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda.

Selain sajak-sajaknya, Rendra juga dikenali ramai di Malaysia melalui filem bertema agama yang dilakoninya "Al Kautsar" pada tahun 1980-an.

Jenazah allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat sini, tidak jauh dari kubur sahabatnya Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu "Tak Gendong" yang meninggal dunia Selasa lepas.

Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada 1989, SEA Write Award pada 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada 2006.

(Sumber: dipetik daripada malaysiakini.com)

Posted at 12:02 pm by noorsuraya
Comment (1)  

 
Tuesday, July 21, 2009
Sudah 40 tahun 'LenganKuat' jejak Bulan, kan!

Salam,

Kaksu ingin menulis sedikit sahaja, sebab waktu terbatas sangat. Sekadar nak hilang mengantuk, sambil buat kerja pruf yang baru Bab 4 ini :(

Entri ini s
empena 40 tahun pendaratan Apollo II ke Bulan pada 21 Julai 1969... jadi kaksu sekadar ingin berkongsi cerita aja.

Sewaktu kaksu di tingkatan tiga, ada adik seorang ini dalam Kelas IK (kelas rancangan khas), dia kata dia tidak percaya ada orang mendarat ke Bulan. Dalam fikiran kaksu yang 'saintifik' lagi 'moderen'J cucu orang pekan lagi, bukannya orang 'hulu' kononnya... kenapa ya fikirannya kolot begitu? Kenapa dia tidak percaya pada media? Apalagi pada Amerika, negara pengeluar Coca Cola yang tersedap itu?

Tetapi selepas lama (umur semakin meningkat), kaksu mula terfikir – apa buktinya Amerika sudah mendarat ke Bulan ni? Kalau jawapannya 'ya' kenapa mereka tidak pergi lagi dengan segala kecanggihan teknologi selepas tahun 1969? Pelikkan? SEBAB setiap kali 'kapal' mereka mengelilingi dunia pun, gahnya bukan main, tapi hal Bulan tetap sepi sejak tahun 1969.

Bulan tetap sepi...

Tentu orang kata kaksu ini hidup pada zaman mana ni, zaman Pendudukan Jepun, ke? Fikiran seperti orang tak cukup zat aja, fikiran orang makan pucuk ubi sahaja. Tapi itulah yang kaksu rasa... peliknya fikiran kaksu kan? Pada kaksu kalau tak ada apa di Bulan pun, takkanlah tak ada seorang pun tok-tok Arab yang teringin berwisata ke Bulan, padahal untuk benda remeh pun (macam jual beli pemain bola sepak mereka sanggup keluar duit begitu banyak?). Jadi menurut fikiran kaksu, Amerika yang mendakwa pertama kali menjejak kaki ke Bulan itu tak teringinkah hendak buat bisnes dengan orang-orang dari Dubai atau mana-mana Semenanjung Arab tu, kan?

Ceh, tentu kenyataan ini akan buat orang di Planetarium Negara marah pada kaksu. Entah sejak semakin tua ini, kaksu sangsi pada kenyataan yang 'manusia sudah menjejaki kaki ke Bulan'. Okey tak boleh tulis panjang, dah nak kena sambung kerja semula...

Apa yang buat kaksu ingat pada Bulan pada saat ini, ialah 8 benda ini:

1.       Waktu kaksu kecil, ada sejenis kain diberi nama kain Apollo. Arwah emak ada, jenisnya menggelembung sedikit ala-ala bulan – corak bulan – kainnya seperti kena 'emboss'.

2.       Adik kaksu Si Nanan (Anwar) lahir tahun 1969 – dia anak Bulan J

3.       Peribahasa, bagai pungguk rindukan Bulan; bagai Bulan di pagar bintang; bagaikan matahari rindukan Bulan...

4.       Melihat anak Bulan untuk berpuasa dan berhari raya

5.       Lagu Fantasia Bulan Madu, nyanyian kumpulan Search...

6.    Teater Perhiasan Kaca - lakonan Allahyarham Mustaffa Noor yang berbicara fasal Bulan...

7.    Indahnya Bulan purnama

8.    Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggunakan lambang bulan mengambang

Itu sahaja cerita tentang Bulan....

Catatan:
1. Perkataan 'Bulan' kaksu tuliskan dengan pangkal huruf besar, hanya kerana... pada kaksu untuk entri ini - Bulan itu nama khas okey untuk kali ini:D - ampun DBP
2. Sejak dulu pun Amerika kan suka berbohong, jadi macam sukar hendak percaya pada apa-apa dakwaannya, kan? 
3. Kalau di Malaysia, Encik LenganKuat dan konco-konconya tentu sudah dapat gelaran Datuk ke, Tan Sri ke, atau Tun :D

Posted at 01:33 am by noorsuraya
Comments (15)  

 
Monday, July 13, 2009
Rumah Kecil di Ujung Padang

Terbaharu daripada Noor Suraya
dan Konco-Konco

www.jemariseni.com

"EH, TAK KERJA?" tanya Durrah tiba-tiba, apabila dilihatnya doktor haiwan itu tidak menggunakan uniform kerjanya.

"Dikasi cuti sama papa kamu. Om Iskandar sudah masuk kantor pagi ini... lalu aku dihalau pergi daripada ladangnya. Dia jadi bimbang kalau-kalau sapi-sapi itu mengasihi aku lebih daripada dia." Kata Heru pura-pura serius.

Durrah ketawa.

"Saya tidak sangka Mas Heru pandai bergurau juga... sebab semua orang bilang mas sangat pendiam."

"Aku mungkin pendiam dengan sesetengah orang... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka." Kata Heru sambil tersenyum.

Durrah menelan air liur... apa maksudnya, gadis yang aku suka?

 

petikan kompilasi -- Pelangi: Rumah Kecil di Ujung Padang (hlm 464)

 

Posted at 03:59 pm by noorsuraya
Comments (7)  

 
Tuesday, May 05, 2009
5 Sasterawan Negara Tolak PSMI

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya.

Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA pagi ini.

Alasan-alasan itu, antaranya:

bullet buttonKebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.

bullet buttonKegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".

bullet buttonPenggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan.

Pertama, warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan sains teknologi dan kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai sastera dan sains sosial - bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya. [Baca teks penuh di sini]

Buang gelaran rasmi

Sebagai menguatkan bantahan mereka, dua tokoh sasterawan yang hadir - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu "jika keadaan memerlukan".

"Oh, memang sanggup (buang gelaran). Memang sanggup. Sudah pun saya beritahu dalam wawancara (sebelum ini). Itu saya kira, kalau (dikatakan) sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata A Samad.

muhammad haji sallehSementara Muhammad (foto kiri) pula berkata: "Kalau diperlukan saya akan  sampai ke sini juga, ditempat yang diperlukan. Saya merasakan tragedi ini bukan tragedi orang lain, tetapi tragedi (kepada) saya."

"Dan tidak pernah berlaku kepada bahasa besar lain seperti yang berlaku kepada bahasa kita. Tidak berani orang sentuh bahasa Perancis misalnya.

"Cuba sentuh bahasa Inggeris, bahasa Scotland misalnya, apa akan berlaku?" soalnya.

"Dalam satu dunia tamadun, menteri tak ada hak menukar bahasa. Hanya bangsa itu sahaja berkumpulan mempunyai hak menukar bahasa itu. Orang lain tidak ada hak menukar bahasa itu."

Surat kepada PM

Muhammad juga menafikan dakwaan beliau lambat tampil memperjuangkan pemansuhan PPSMI, berbeza dengan A Samad sebelum ini yang lebih ke depan.

"Pertamanya, kalau tidak di depan televisyen atau suratkhabar, saya ini tidak berapa terpilih. Tetapi hal ini telah kita kerjakan dari awal lagi.

"Saya pernah siapkan surat kepada (bekas perdana menteri) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), kejar beliau di Putrajaya, beri surat itu.

"Tidak ada apa-apa (tindakan). Sewaktu saya di Tokyo, (saya) faks dari Tokyo. Lepas itu, macam-macam (tindakan) yang dikerjakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menurut jejak A Samad untuk berkempen di pentas politik dan pada pilihanraya kecil demi memperjuangkan pemansuhan PPSMI, Muhammad berkata:

"Boleh kempen, tetapi saya bukan orang politik. Intelektual juga ada tempatnya. Biarlah kita profesional. Yang pandai berpolitik itu, silakan," katanya, seorang penulis terkenal dengan esei budaya.

Tiga lagi sasterawan negara yang menentang dasar PPSMI - Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Akan terus lawan

a samad saidA Samad (foto kanan) menambah, kesemua sasterawan negara "akan terus berlawan" memperjuangkan pemansuhan PPSMI melalui cara masing-masing.

"Kita tidak boleh harap semua sasterawan negara membuat kerja yang sama. Tujuan dan matlamat sama, tetapi caranya lain.

"Ahli politik ini ada usia luputnya. Kuasawan ada tarikh luputnya. Sasterawan, kerana tidak ada tarikh luputnya, dia akan terus berlawan," kata pengarang itu yang terkenal dengan novel Salina.

Sementara itu, mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, A Samad memberi amaran supaya ahli politik harus bersedia menghadapi "perlawanan" yang lebih hebat "jika tidak bersedia tunduk" pada desakan membatalkan PPSMI.

"Dan kalau ada yang bertanya saya, apakah akan dilakukan kalau kuasawan (ahli politik) ini tidak bersedia untuk untuk tunduk, (maka) perlawanan ini akan diteruskan dari belbagai sudut.

"Ertinya kuasawan harus bersedia menghadapi itu. Kita akan merakyatkan betul-betul (isu PPSMI), bahawa mereka ini akan hilang bahasa, mereka akan hilang jati diri."

Muhammad pula berkata, ruang perbincangan dengan menteri terbabit masih terbuka. Bagaimanapun keputusan yang dibuat hendaklah melibatkan kehendak rakyat terbanyak.

Pertikai meja bulat

anti ppsmi group pc 050509Muhyiddin semalam berkata kajian badan bebas mendapat hasil berlainan dengan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya kerana pesertanya tidak bercakap berdasarkan fakta dan bukti.

Mengulas kenyataan menteri itu, Muhammad mempertikaikan kesimpulan yang dibuat oleh kementerian tidak sama dengan butiran perbincangan meja bulat.

"Waktu saya menghadirinya, hampir 80 peratus tak bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Tetapi akhirnya disimpulkan bahawa orang bersetuju.

"Saya masih ingat, yang bersetuju (ketika) itu hanyalah pegawai bank yang tidak tahu bercakap bahasa kebangsaan dan seorang lagi ibu kepada anak yang sedang bersekolah.

 "Yang lain semua tidak bersetuju. (Wakil masyarakat) India dan Cina pun semua tidak bersetuju. Jadi, macam mana kesimpulan (boleh) jadi begini?" katanya.

Kejutkan dunia sastera

ppsmi march 070309 crowd.jpgAwal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera tanah air dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.

Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003.

Negara kini sedang menyaring senarai tokoh untuk dicalonkan sebagai sasterawan negara ke-10.

Empat yang telah meninggal dunia: Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman.

Semuanya aktif dalam dunia sastera kecuali Noordin yang dikenali sebagai penggiat teater tersohor.

dipetik dari: Jimadie Shah Othman --> www.malaysiakini.com

Posted at 04:47 pm by noorsuraya
Comments (6)  

 
Thursday, March 05, 2009
Perhimpunan - PPSMI 7 Mac 2009

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Harakah) - Kemuncak kepada rintihan dan bantahan rakyat khususnya pejuang bahasa yang mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan tidak diendahkan kerajaan menyebabkan Himpunan 100,000 rakyat ke Istana Negara pada 7 Mac ini (Sabtu)* akan menjadi satu realiti yang tidak boleh dielakkan lagi.

 
 
 
   

Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas berkata sudah pelbagai cara dilakukan sekian lama termasuk menghantar memorandum ke Parlimen 17 Februari lalu bagi melihat satu usaha dan tindakan drastik kerajaan untuk memberi perhatian serius terhadap masalah PPSMI namun hasilnya mengecewakan.

"Himpunan 7 Mac ini adalah kemuncak dan ianya tidak akan berlaku sekiranya kerajaan mahu mendengar dan bertindak terhadap bantahan yang telah rakyat suarakan selama ini.

"Bagi yang cintakan bahasa Melayu dan mahu melihat anak bangsa serta pelajar tidak tercicir akibat acauan PPSMI, maka semua diseru untuk hadir pada himpunan raksasa sebagai tanda memberi sokongan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau positif bahawa himpunan itu nanti akan berjaya mengumpulkan sejumlah besar rakyat Malaysia yang cintakan bahasa untuk menyuarakan hasrat mereka kepada Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan agar dapat memberi perhatian terhadap isu bahasa yang dikesampingkan oleh pihak kerajaan.

"Kita mahu menunjukkan kepada kerajaan bahawa Bahasa Melayu juga boleh dijadikan bahasa ilmu yang baik untuk menguasai Sains dan Matematik

"Ini bukan perjuangan atau 'jalan' kita yang terakhir. Pasti Tuanku ada pertimbangannya dan kita juga akan bawa isu ini ke Majlis Raja-Raja jika masih dipandang sepi oleh kerajaan," katanya.

Sementara itu ketika ditanya berkaitan permit perhimpunan beliau menjelaskan terdapat beberapa masalah teknikal yang sedang diuruskan untuk mendapatkan kebenaran.

Ketika dihubungi, beliau sedang berada di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPPKL) atas urusan permit himpunan yang telah dimohon semalam.

"Rakyat jangan bimbang, ini bukannya demonstrasi seperti di Korea, Indonesia atau Thailand yang berlaku insiden yang tidak diingini. Ini himpunan aman dan bergerak secara aman ke Istana Negara untuk sampaikan memorandum sahaja.

"Pihak polis akan mengawal keselamatan dan semoga matlamat kita pada hari Sabtu ini tercapai dengan kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa," katanya.

GMP merancang berhimpun di tiga tempat di ibu negara ? kompleks membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara ? sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara pada jam 2 petang.

Mereka merancang berarak dalam pakaian putih sebagai lambang pembersihan PPSMI, tanpa sebarang logo, bendera dan simbol parti-parti politik walaupun GMP turut disertai PAS dan KeADILan.

Selain Dr Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A Samad Said dan pemimpin pembangkang termasuk penasihat dan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir.  -- dipetik daripada Harakahdaily

* * * * *

* semoga perhimpunan ini berjaya mengubah dasar yang sedia ada - sudah begitu lama anak-anak saudara dan sepupu kaksu yang 'pintarlah juga' matematik dan sains sebelumnya, jadi lemah gara-gara tidak dapat menguasai bahasa penjajah itu.

p/s:

Ketika ramai orang geger hanya berkata tentang Perkara 181 la, 183 la di Perak dan Malaysia... tak ada ke yang terfikir, pemerin*** telah lama memperlekeh Perkara 152 - Bahasa Melayu? Bahasa kita juga sudah hilang daulatnya :( -- kaksu sedang bersedih.  

Posted at 10:52 am by noorsuraya
Comments (10)  

 
Wednesday, March 04, 2009
Ke Brunei Darussalam... akhirnya :)

Hati dah tak sabar nak jumpa Ryn & Kak Mon
(lepas bergambar ni kita kena sound dengan penyelenggara terminal - rupa-rupanya tak boleh bergambar dengan kapal terbang + terminal la)

kak yah, jid, notei mana ekh?

Posted at 09:37 pm by noorsuraya
Comments (9)  

 
Tuesday, January 13, 2009
Teka dan Menang!

Sertai kuiz Teka Novel JS 2009 - 1 dan menangi 2 buah novel pilihan serta cenderahati. Login dan klik di menu newsletter (di sebelah kiri, atas sekali) untuk menjawab soalan. Lihat sama ada novel yang anda tunggu-tunggu untuk tahun 2009 ini tersenarai di situ Wink

sila lawati laman sesawang js --> di www.jemariseni.com

Lukisan 

D 

No. Penulis         

Syarat-syarat: 

Sepuluh jawapan yang tepat akan menerima baucar untuk ditukarkan dengan DUA buah novel pilihan serta satu beg cenderahati. Sekiranya tiada yang meneka dengan tepat, jawapan yang paling hampir akan diambil kira. Sekiranya kami menerima lebih daripada 10 jawapan yang tepat, undian akan dibuat.  

 

Hantarkan jawapan anda ke alamat e-mel jemariseni.kuiz@gmail.com
sebelum pukul 12 malam 24 Januari 2009 (Sabtu). 

Nyatakan
1. Username
2. Nama penuh
3. Alamat surat-menyurat
4. Nombor telefon

 

Nama pemenang akan diumumkan di laman sesawang www.jemariseni.com pada hari Rabu 28 Januari 2009. 

1. Terbuka kepada mereka yang berdaftar di laman sesawang www.jemariseni.com sahaja. 
2. Penulis JS, ahli warga kerja JS dan keluarga mereka tidak dibenarkan menyertai kuiz ini. 
3. Seorang peserta hanya boleh meneka sekali sahaja. 

Posted at 04:11 pm by noorsuraya
Comments (5)  

Previous Page Next Page