Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004



NOOR SURAYA



<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


E-Novel


KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Tuesday, October 12, 2004
RINDUNYA KIAN MEMBARA


Cinta itu pelik seperti hujan panas
dalam hujan ada panasnya dalam panas turun hujannya



ISBN: 983-893-577-8
Tahun: 2004
Bil. Muka Surat: 392
Harga: RM20.90

Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?


NOTA: Nida & 'team'... terima kasih ya, untuk semua usah payah menerbitkan 'RINDUNYA KIAN MEMBARA' - Fazrul... 'cover page' tu cantik dan begitu juga dengan cik adik model tu. Terima kasih CESB, kerana masih memberi ruang dan peluang untuk kaksu menulis dan bernaung di sana.

>>KLIK KE E-NOVEL>> Nyanyian Tanjung Sepi

Posted at 10:04 am by noorsuraya

syida..
January 28, 2005   12:03 PM PST
 
Kak su...RKM memang best..syida cuma terlambat sikit...tp dah habis bc tau...2 kali nangis..Suka ngn Najaah tu...mesti dia cute kan...mmm...Zeti lg cute kot psl dia chubby..hehehe
kaksu
November 26, 2004   04:17 PM PST
 
kata rnysa dalam tagboard NTS:

kaksu, saya dah baca RKM. best sangat! rasa 'tonton' cerekarama pun ada juga, penuh dramatik. terima kasih pd kak syda yg hadiahkan RKM yg diorder khas dari kaksu tu.
kaksu
November 24, 2004   01:49 PM PST
 
RONN, terima kasih... akhir-akhir ni ramai betul para pemuda harapan negara tak suka baca novel (tak macho, kata mereka)

... tapi bila ada yang masih jatuh hati dengan novel... jadi terharu... terima kasih sekali lagi, RONN... lepas baca mesti komen dari kaca mata seorang pemuda!
RONN
November 24, 2004   12:11 PM PST
 
kaksu, sampulnya cantik. mengundang inspirasi. kalau ke JB nanti saya akan beli buku tu.
kaksu
November 4, 2004   08:12 AM PST
 
yazreina, kaksu lebih tualah... panggil aja kaksu:p
reina, novel-novel kaksu memang saling berkait,... watak sampingan diperkembang & kemudiannya menjadi watak utama dalam novel berikutnya :) tapi novel-novel tu saling berdiri sendiri... tak perlu baca mengikut kronolgilah... reina. terima kasih :)
Yazreina
November 3, 2004   09:30 AM PST
 
seme cite kak su berkait rapat ke? heheh... (akak ker ? silap2 yaz lagi tua.. heheh) nie nak kena check balik seme novel kak su ar.. heheheheh, tapi takpe.. seme best...
kaksu
November 3, 2004   07:48 AM PST
 
kaksu 'paste'-kan komen mengenai RKM dari taqboard Nyanyian Tanjung Sepi untuk rekod kaksu ya:

NUR: semua org tgh sibuk byk RKM ke....lambat lglah nak baca buku tu..ada sesapa sudi kirimkan ke soton ke?

NOTIE: kak su, 2 novel kaksu ada kaitan dgn RKM tp TA belum lg kan! Kut nanti naim ada kaitan ngan Aliya coz ke2nya dlm bidang yg sama, amacam kak su!

NOTIE: laa org awai lg dah nangis flashback pasal aruah mak farhanah, teringat mak aku lak.. wuahhh posa ni buka apa dia agaknya kat kpg, huwaaaa

NOTIE: kak su siannya ngan imran, berkorban demi adik tersyg..geram ngan masri rasa nak ketuk2 je kepala dia...heheheh emosional lak aku, penangan RKM le ni

RYN: kak su, unxpectedly buku RKM tu dah ada kat kedai sini (biasa lambat) ryn dah baca... best. tapi tangkap nangis 2 d n lah kak su

p/s: komen ija dll dah hilang kat tagbord lah :(sedih:(
salina
November 3, 2004   07:38 AM PST
 
kaksu saya baru habiskan RKM mlm tadi. nice. komentarnya nanti dulu ya kaksu. bz sikit skrg
katarsis
November 3, 2004   07:36 AM PST
 
as'kum.novel ni mmg menarik.berkali2 bca pn x muak luak jelak.niway slmt menyambut ramadhan..
farah
November 3, 2004   07:35 AM PST
 
a'kum kaksu,farah dah abis baca RKM...nice lain drpd yg lain..keep it up selamat berbuka puasa
yazreina
November 3, 2004   07:27 AM PST
 
a'kum.. dah baca RKM.. memang best.. seronok baca.. dah abis pun, leh ulang baca lagi.. heheheh
rnysa
October 26, 2004   03:28 PM PDT
 
rasanya masih tak terlewat utk saya ucapkan tahniah di atas kelahiran novel baru kaksu. cover girlnya cantik sgt! sejak jatuh cinta dgn tanah andriyana, karya kaksu sentiasa saya nantikan. nampaknya kena tunggu balik msia. barulah boleh memborong novel2 terkini :(

dan salam kenal utk kak salina. nampaknya seorang lagi penulis novel join dunia blogging ;)
kaksu
October 25, 2004   01:05 PM PDT
 
arcakasih, :o terima kasih...
arcakasih
October 23, 2004   09:08 AM PDT
 
nampaknya sy kena dapat kan novel ni...
kaksu
October 21, 2004   12:50 PM PDT
 
ryn, sabar... kaksu pun belum dapat naskah contohnya lagi, tapi semalam buku untuk jual di kedai baru sampai... ryn, thanks... hikaru thanks... kaksu paste komen hikaru (dari tag) kan sini:p

ryn
October 21, 2004   10:22 AM PDT
 
jelesnya hikaru dah baca rindunya kian membara, kat sini belum sampai lagi lah kak su..
ryn suka sgt dgn cerita disebalik blurb tu, pandai kak su cari perumpamaan ye
hikaru
October 20, 2004   08:17 AM PDT
 
hikaru: hi..kak su. Selamat berpuasa !! Tahniah !!! Saya dah baca Rindunya Kian Membara. Mmmg best.
kaksu
October 14, 2004   10:15 AM PDT
 
salina, dah ke-6... baguslah tu... TAHNIAH... maknanya, yang ke-5 akan menyusul dengan cepat nihh
kaksu hanya boleh bermimpi setahun satu... lagi tesis tak siap, seperti... ada penghalangnya bila nak menulis yang baru... ada rasa bersalah:(

dan mulai sekarang kaksu mungkin belajar tulis novel panjang sikit :p
salina
October 13, 2004   03:50 PM PDT
 
kaksu, kaknida: membara semangat saya nak menulis apabila tengok novel kekawan dah siap. tapi entahlah bila boleh siap novel ke-6 tu. dah berminggu tak sentuh!

saya pun tengah selak2 balik novel Ain, Biru Ungu & especially Andriana, sebab nak cari mood menulis...
kaksu
October 13, 2004   03:35 PM PDT
 
Nida, memang betul... bila kaksu sedar RKM dah siap... tetapi, sebab Haris tu kenal dengan Imran tu... gitu-gitu aja (abangnya, Chairul Anwar berkahwin dengan Idayu, adik Imran)

Lalu kaksu anggap biasalah, orang salah sebut... dalam keadaan sebenar, kita kadang-kadang salah fakta... (kaksu langsung tak sedar, kaksu catatkan pekerjaannya dalam Keranamu Ain... ).

bila kaksu tulis (tangan) watak, Imran & cerita tu... kaksu tak pernah tahu... yang kemungkinan kaksu tulis Tanah Andriyana. Cerita dalam Tanah Andriyana tu pun peguam... nanti pembaca jemu. Lalu cerita asal si Imran tu peguam, kaksu rombak jadikan dia seorang arkitek... rupa-rupanya, kaksu catatkan dah dalam:

keranamu ain... sebagai
"...tetapi peguam itu terlalu tua untuk Ain." (m/s 119)

'spoilt' juga... tapi tak apalah, lain kali kaksu akan lebih berhati-hati lagi.... kaksu dah tua lah. TAPI...nida, memanglah seorang editor :) 'matamu tangkas seperti elang' hihihihi.

Nida, bila ada yang ulang baca novel2 kaksu, kaksu akan jadi sangat terharu... tq Nida! Paling takut apabila orang beli, baca cepat-cepat dan kemudian simpan dalam almari... dan tak tengok-tengok dah:(

nida, eisya diberi cuti rehat kat rumah lama, tak? sorry, ya kaksu selalu buat dia nakal-nakal dalam NTS... nida jangan marah ya, nakal-nakal pun... dia kan bakal seorang doktor....

nida, kaksu betul-betul suka dengan pilihan nida... cantik sangat, tapi kaksu belum terima 'copy'-nya, tengok dalam laman web CESB aja... mungkin hari kot. tiba-tiba rasa 'rinduku kian membara' nak tulis novel lagi...
nida
October 13, 2004   02:52 PM PDT
 
Kaksu, dah tugas kami di sini cuba seberapa boleh memuaskan hati semua pihak. Harap Kaksu benar2 berpuas hati. Masa menjaga Eisya di hosp. Nida dah habiskan 'Keranamu Ain...' & masa cuti hantar Eisya followup, Nida dah habiskan 'Tanah Andriyana'. Tapi Kaksu, Nida musykil, Imran di KMA seorg peguam, tapi dlm RKM seorg arkitek? Mungkin Nida silap...pls betulkan.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry