Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004



   

<< July 2014 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


SURAT UNGU UNTUK NUHA (2007) diterbitkan oleh JEMARI SENI




"Nuha, benarkah tidak semua ombak akan menemui pantai?

KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Thursday, July 03, 2014
[i] Dari Anjung Makcik Raja

Surat Ungu untuk Nuha
2011: Kota Kuala Muda

HAJI YATIM memandang itik-itik yang sedang berenang senang dalam kolam depan rumahnya. Sesekali itik-itik tu memercikkan air dalam kolam tu; sesekali itik-itik kesayangan Alang tu menyelam pula; dan sesekali kemudian pula itik-itik itu berkejaran riang. Sang itik itu sudah berapa keturunan bermaharajalela dalam kolam bunga telepok warna lembayung ini. Kadang-kadang habis kotor depan halaman ni dengan selut dan najis mereka. Kalau Haji Yatim kompelin pada Makcik Raja, isterinya membalas, "Biarlah... nanti saya atau Alang cuci." Isterinya memang sayang pada itik-itik itu. Sepasang yang awal itu pemberian Abang Lah Teksi. Kemudian mula membiak, dan Makcik Raja selalu sahaja akan beri pada orang kalau ada anak-anak itik baharu. Kadang-kadang sahaja dibiarkan anak-anak itu mengikut bapa dan ibu mereka dalam kolam ni. Inilah yang tinggal sepasang itik tua.

Isterinya begitulah, tidak pernah sampai hati hendak makan itik yang dia pelihara. Alang pun begitu. Haiwan peliharaannya semua siap diberi nama. Makcik Raja dengan Alang tu memanglah pelik. Serupa sahaja perangai mereka dua beranak. Apa-apa yang mereka pelihara, mereka jadi sedih untuk makan. Mujurlah mereka tidak jadi kasihan untuk makan beras yang ditanam sendiri pula. Kalau tak, kenalah Haji Yatim beli beras kampit di kedai.

            Mata Haji Yatim yang dalam itu memandang ke arah sawah bendangnya. Padi sudah masak, dan sekarang pekerja-pekerja sedang sibuk mengetam padi sebelum musim hujan tiba. Seharian ini kerja mereka hanyalah memuatkan padi ke dalam gudang di kilang sahaja. Esok padi akan mula diproses dan menjadi beras. Kerja-kerja yang memenatkan di bulan puasa begini, tiada siapa yang merungut. Orang yang kerja bendang ni, banyak bersyukur daripada bersungut.

         Alang...

       Anak itu sudah berubah banyak, terima kasihlah pada Nuha yang banyak membantu Alang jadi 'orang'!

 Sejak Alang ada, sebahagian kerja-kerja berat begitu anaknya yang buat. Alang memang cekap mengurus sawah dan kilang padi milik Haji Yatim. Dia sentiasa bekerja dengan tekun dan tidak pernah berkira. Para pekerja semua suka pada Alang. Dia memang periang dan sangat prihatin dengan orang bawahannya. Sayang sungguh la Si Alang ni, belajar jauh-jauh sampai ada ijazah dari Jerman pula tu, berakhir dengan hanya mengurus kilang padi di pekan kecik ini sahaja. Wajahnya dibiarkan pagi petang sambar panas sampaikan kulitnya coklat merelit. Semua menegur penampilan Alang yang berbeza. Kini yang masih kekal hanya rambut dia yang serabut tu sahaja. Kalau datang mood dia malas pergi bergunting rambut dia kembang keriting macam sarang tebuan jadinya. Walau geram macam mana, dia sudah tidak mahu 'bergaduh' dengan  anaknya itu. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali; dan hati kecil Makcik Raja dia harus jaga. Apa-apa fasal yang melibatkan Alang, isterinya itu akan sensitif lebih.  

Sudah lama dia tidak melihat Alang menghabiskan masa dengan menulis puisi-puisi tak berfaedah macam zaman dia belum berkahwin dulu. Yalah, kalau yang 'dipuisikan' sudah menjadi miliknya, tentu tidak ada apa untuk ditulis lagi. Begitulah Haji Yatim berpendapat. Dia seperti tidak percaya sahaja Alang menulis puisi-puisi kemanusiaan menurut kata Nuha. Haji Yatim menyukai menantu perempuannya itu. Walaupun anak senator tetapi pandai bawa diri. Siapa tidak kenal Misi Nuha di Kota Kuala Muda ni. Senyum dia sentiasa manis, sepadan sahaja dengan Alang yang sangat periang.

 Sejak mereka ada, Haji Yatim lebih banyak menghabiskan masanya dengan aktiviti-aktiviti orang kampung. Menemani Makcik Raja ke majlis-majlis ilmu. Sesekali dia ajak Makcik Raja makan mi udang di Sungai Dua atau ke Sungai Petani makan kuetiau kerang. Dulu mana ada masa untuk berdua-duaan begitu. Kerja bendang ni tidak pernah habis. Isterinya pula sibuk dengan anak-anak. Apabila urusan dunia semakin berkurangan, mereka suami isteri mula melebihkan urusan di negeri akhirat. Yalah seperti yang tercatat dalam surah  Al-Munaafiquun ayat sembilan.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Barang yang membuatkan demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Oh, dia terlupa pesanan Huda semalam. "Abah jangan lupa ya. Huda mengidam ni. Esok Huda sekeluarga balik buka puasa di rumah." Haji Yatim bergegas ke rumah Abang Lah Teksi. Harap-harap adalah. Anak sulungnya itu mengandung anak kedua. Setelah Majidah cucu Haji Yatim masuk tadika ini baru kali ni Huda diberi rezeki berbadan dua lagi. Berita gembira itu disambut dengan kenduri-kendera. Sekarang ini apa-apa sahaja yang diidamkan Huda, semua ahli keluarga Haji Yatim mahu menunaikan. Kata Mak Cik Raja mereka bakal mendapat cucu lelaki. Itu yang buat Haji Yatim gembira sangat. Anak Baya kedua-duanya perempuan. Anak Zaharan pun perempuan. Dan... Alang dan Nuha masih berdua.

Tengok baru sahaja dia teringat akan terjemahan ayat kesembilan tu, dan dia sepatutnya hendak masuk membaca al-Quran selepas zuhur ni. Tiba-tiba urusan anak sulungnya menjadi penting....

[Bersambung...]        

Catatan:

Selamat berpuasa dan bertarawih pada sebelah malamnya. Ini catatan pertama untuk bulan puasa tahun ini. Kaksu disibukkan dengan kerja yang bertimpa-timpa. Doakan kaksu rajin menulis ya.


Posted at 09:14 am by noorsuraya

Kak Yah
July 4, 2014   11:30 AM PDT
 
Boleh dapatkan Surat Ungu untuk Nuha di www.jemariseni.com atau e-mel ke jemariseni.sales@gmail.com atau WhatsApp ke 0111-2210865. Terima kasih :)

ps: siapa nak kirim itik salai Kuala Pilah sila beritahu ya. Tapi kena datang ambil sendiri di Bangi :)
Kaksu
July 4, 2014   11:07 AM PDT
 
Nazira,
Terima kasih jenguk Makcik Raja di sini. Tapi sebba bulan puasa, tak boleh la jamu kopi.

Nawwir,
Ha la awat la ada gambar kucing tu, patutnya gambar Suria dan Suci

Norash,
Kalau yang salai dekat Negeri Sembilan tu tak bau.

Syazwani,
Insya-Allah untuk cerita ni ada tiga episod sebelum berpindah ke kawasan lain pula.

Notei,
Adik kaksu pun macam tu, dia sayang bukan sebab tak lalu.

Za,
Salam kenal. Dan terima kasih :D Novel terbaharu, Kekasih Waktu. Insya-Allah. Kalau pernah baca Rindunya Kian Membara, cerita dia fasal anak-anak Farhana yang sudah dewasa.

Kak Noor,
Tu la, isi dia kejap kan. Kaksu pun baru mula makan balik. Ayam piru pun rasa macam itik juga. Sama-sama kasih Kak Noor.

Amy,
Boleh beli di www.jemariseni.com :)

Surie,
Ni dah sambung lagi... :)

Norzaina,
Insya-Allah kalau ada masa kita akan ke rumah Jaja & Din juga.

Pink,
Awat?

Nurulainsaleh,
Boleh beli di www.jemariseni.com Terima kasih kerana singgah ke dangau Makcik Raja.


nurulainmdsalleh
July 3, 2014   10:43 PM PDT
 
Salam kak su , mcm mane nak beli buku surat ungu utk nuha ni , dlu bace tp tak smpai habis sbb pnjam dr kawan
pinkJambu
July 3, 2014   06:29 PM PDT
 
&#9829;&#9829;&#9829;&#9829;
kaknOOr
July 3, 2014   06:07 PM PDT
 
terima kasih kaksu..terubat rindu..
surie
July 3, 2014   04:52 PM PDT
 
sambung lah cepat2x kak su
amy
July 3, 2014   04:38 PM PDT
 
Camne nk beli novel surat ungu ni?
kaknOOr
July 3, 2014   03:53 PM PDT
 
Terima kasih kak su hilang rindu kat alang & nuha..
Gulai itik... Pernah makan rendang itik serati masa kecil dulu arwah emak masak. Isinya warna gelap sikit.
norzaina
July 3, 2014   03:06 PM PDT
 
Sukanya hati saya dapat sambung baca cerita alang &nuha. Nanti Kaksu buat sambungan cerita jaja &din pulak ya ;)
za
July 3, 2014   02:53 PM PDT
 
Assalamualaikum..Jazakallah kerana tulisan kSu...Saya jatuh hati dengan suasana yg dipaparkan dalam semua cerita KSu. Semua on vel KSU dah jadi koleksi...Novel terbaru?
notie
July 3, 2014   01:44 PM PDT
 
Rasanya saya pernah makan gulai itik tapi tak ingat rasanya macamana sebab masa tu kecil lagi. Dulu Aruah mak saya pernah bela itik kat kampung tapi saya ingat-ingat lupa kenapa aruah mak saya bela itik untuk apa? Adakah untuk jual ataupun untuk telurnya.


Akak saya yang no 2 tu macam Mak Raja dan alang lah, tak boleh makan kalau ianya belaan sendiri.
Dulu pernah akak saya bela ayam penuh sereban, tapi bila ayam tu masak untuk raya secubit pun dia tak makan. Katanya dia rasa belas sebab dia yang membelanya dan memberi makan setiap hari.

syazwani
July 3, 2014   01:38 PM PDT
 
wah..ade sambungan..
norashburn
July 3, 2014   01:21 PM PDT
 
selama hidup ni baru dua kali makan daging itik.. tak suka la sebab baunya tak enak..
nawwir
July 3, 2014   12:46 PM PDT
 
Saya dah rasa gulai itik Makcik Raja, paling sedap di dunia.

Kaksu awat itik dan kucing dok ber'cinta' dalam bendang tu. Nak pecah perut saya tengok gambaq tu.
nazira azwa
July 3, 2014   12:40 PM PDT
 
salam k.su..
terima ksh utk entry n..
terubat rindu kt nuha & alang serta makcik raja..
Kaksu
July 3, 2014   12:12 PM PDT
 
Kmas,
Tapi nanti tu resipi Makcik Raja entah sedap entah tidak :p tau

Sabariah,
terima kasih.
sabariah
July 3, 2014   11:56 AM PDT
 
akak suka cerita ni. dah berulang kali baca. ceritanya cukup indah
Kmas
July 3, 2014   11:36 AM PDT
 
As salam Kak Sue, terima kasih untuk entri hari nie. Saya pn dah ambil pen dan kertas nie nak tulis resepi. ;)
Name
July 3, 2014   11:27 AM PDT
 
terima kasih kak su untuk naskah yang cukup indah ni....rindu makcik raja...
Suraya Ahmad
July 3, 2014   10:51 AM PDT
 
Terima Kasih Kaksu, untuk coretan kisah nuha ... rindu nuha dan alang... mmg terbaik <3
kaksu
July 3, 2014   10:47 AM PDT
 
Iejay,

Kita orang pun sejak anak Kak Yah belajar matrik di Kuala Pilah, selalu pesan itik salai.
iejay
July 3, 2014   10:37 AM PDT
 
Kak su saya tetiba ngidam nak cari gulai itik.. huhuhu..
afifah
July 3, 2014   10:03 AM PDT
 
Salam kaksu. Terima kasih untuk entry yang indah ini. Saya amat merindui tulisan kaksu. ;)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry