Your Ad Here

Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004




<< July 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


SURAT UNGU UNTUK NUHA (2007) diterbitkan oleh JEMARI SENI




"Nuha, benarkah tidak semua ombak akan menemui pantai?

KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Wednesday, July 25, 2012
[3] Suatu Hari di Bulan Puasa...


2000: Balai Berita, Bangsar
Biru Ungu Cinta

"MAK, buka puasa ni Mal rasa nak makan roti jala dengan kuah ayam."

"Eh, tak nak nasi? Kenyang ke?"

Arwah Seera pandai buat roti jala, Kamal pun baru cuba roti jala Seera tiga, empat kali saja. Tapi rasa sedapnya itu sukar untuk dia nafikan. Dia cuma tak berani cakap ke mak sahaja yang roti jala Seera buat tu jauh lebih sedap daripada yang emak buat. Dia bimbang emak terluka; dia bimbang emak leter suruh dia nikah lagi.

Emak, bukan mudah hendak cari pengganti... emak sepatutnya mengerti, sebab emak pun susah nak lupakan ayah!

Lagipun, belum pun setahun Seera pergi. Mereka berkahwin beberapa bulan cuma, belum pun sempat dia berhari raya dengan Seera pun. Ya, jodohnya tertulis setakat itu sahaja dengan Seera. Itu janji Allah untuk mereka berdua.

Ingatannya pada Seera berulang lagi...

"Hari ini siapa yang kena stayback, I ada bawa roti jala untuk berbuka..." Mata-mata yang menekuni skrin komputer memandang ke arah gadis berbaju kurung merah delima itu. Lepas sahaja beri salam, terus keluar pernyataan. Mana orang tak tenung dia begitu. Ini kan bulan puasa, awal lagi nak fikir fasal makan minum. Kamal yang duduk di dalam bilik khusus di bilik berita itu turut memandang sama.

Ya, si cantik berbaju kurung itu sudah sampai. Gadis manis yang suka jual mahal itu cuti separuh hari, hari ini. Masuk sahaja kerja, siap ada bawa Tupperware berisi roti jala untuk berbuka pula. Sedari pagi Kamal Hanif Khusyairi menunggu buah hatinya itu datang....

"Semua orang balik, kau makan la dengan Datuk Malik dan Encik Kamal," usik Suffian Siddiqq, seniornya. Di Meja Hal-Ehwal Semasa memang tidak ramai wartawan sangat. Kalau seorang dua tak kerja, macam sunyi sepi sangat.

Mata Seera Ashiqin sudah membuntang.

Zaidah dan Emilia sekadar tersenyum manis, hari ini mereka sudah ambil separuh hari 'off' untuk pergi membeli-belah dekat Bukit Bintang. Ini yang Zaidah sedang godam pc sampai tak ada masa hendak berbual-bual ni, dia harus hantar berita ke meja Editor Kanan sebelum pukul tiga. Emilia, setiausaha Datuk Malik itu sedang pura-pura sibuk untuk mengelak Zaidah rasa stres sahaja.

Penat sahaja Seera bersungguh 'menjala' bancuhan tepung tengah hari tadi, tak ada siapa pun yang sudi makan roti jalanya hari ini. Masing-masing sudah ada rancangan sendiri.

Zaidah dan Emilia sudah berjanji outing bersama di Bukit Bintang. Kata Zaidah lagi, baju dan aksesori Seera tak di sana. Penat sahaja kalau Seera ikut juga. Tapi yalah, Seera mana pandai melaram macam orang. Dia hanya pakai baju kurung kosong tanpa corak dan bunga dengan kasut yang sepadang cuma.

       Suffian pula ada majlis berbuka puasa dengan Pak Menteri di Hotel Istana, bukan mahu dia tak layan roti jala Seera la. Suffian tidak tahu, Fattah selalu memuji roti jalanya ini! Dekat Hotel Istana, mana ada roti jala sedap begini... nanti. Seera memuji diri sendiri. Perasan!

'Makan dengan Kamal, dan Datuk Malik'.

Fuhhh, ini tak masuk dalam perancangannya! Tak apalah nanti dia hantar satu pertiga daripada makanannya ini ke Meja Luar Negara. Rasanya Kak Hazirah bertugas petang ini. Dia sudah dua tiga kali berjumpa kakak tu di surau minggu ni.

"Seera, sekejap!" kata Kamal dari biliknya yang terbuka. Jarang sangat Kamal menutup pintunya kecuali ada hal penting untuk diperkatakan dengan mana-mana staf terutama kalau dia hendak menjerit dan marah-marah!

Sejak bulan puasa ini, Seera bagaikan menaikkan bendera putih tanda damai dengan bosnya yang suka cari fasal tu. Kamal tu ada penyakit 'angin kus-kus': asyik menyakiti hati Seera sahaja.

"Teman I buka puasa di DBP hari ni. Ada majlis dengan Lembaga Pengelola DBP."

"Alamak, bukan nak mengelat tak ada dalam schedule tugasan I kan? Sebab esok I kena hantar artikel kat Datuk Malik. I datang ni pun dengan niat nak stayback sampai siap kerja hari ni juga." Seera bukan nak ingkar, tapi dia tak suka dengan sikap Kamal yang suka hati sahaja bagi assignment tanpa bertanya terlebih dahulu. Pada Seera, kalau itu memang sudah kerja dia, dia terima, ini suka-suka hati sahaja hendak ajak Seera ikut dia. Dalam hati Seera menambah, lagi pun bukan ada hantu pun kat DBP siap kena teman lagi.

"You kat sini dengan siapa, nanti?"

"Sorang kut, paling-paling nanti Suffian balik menaip berita dia kut." Kata Seera. Dia bukannya jenis yang takut kalau tinggal sorang-sorang di pejabat. Padahal kadang-kadang heboh juga la fasal orang bercerita jumpa hantu dalam lif la, dekat surau la, tepi kafe la.

"You buat ke?"

"Apa?"

"Roti jala?"

Seera mengangguk.

Ya, dia buat sebab sekarang ni... Fattah buah hatinya balik bercuti dari UK. Tadi dia ambil cuti separuh hari, sekadar untuk siapkan roti jala ni dengan gulai ayam. Fattah suka makan air tangannya. Sebelum datang ke pejabat tadi dia sudah pesan untuk emak hantar juadah tu ke rumah Makcik Fuziah. Selain itu, dia bawa sedikit untuk Abang Affan. Yalah, emak mana tahu dia dan Fattah ada hubungan apa-apa. Mereka kan berkawan sejak kecil lagi. Emak aci suka sahaja kalau Seera masak apa-apa dan beri pada jiran emak yang baik tu, tanda budi bahasa.

"Tunggu I buka puasa sama la, I teringin nak makan roti jala you buat tu."

"Kata ada majlis berbuka."

"Ada."

Tapi dah awak tak nak pergi, saya pun malas pergi, balas Kamal dalam hati. Lagipun, hanya majlis sempena 'Bulan Bahasa' sahaja. Cerita dan programnya sama sahaja tiap-tiap tahun. Dah ada press release pun... nak cari apa lagi. Cuma petang nanti ramai wartawan hendak pergi hanyalah sebab ada majlis berbuka puasa dan dapat makan percuma. Titik.  

"Habis?"

"Tak jadi pergi."

"Mana boleh, Cik Kamal juga yang kata... wartawan jangan duduk di opis, kena keluar cari berita... ingat berita yang segar dan sahih boleh awak jumpa di Wikipedia sahaja! Itu bukan berita!"

Kamal tersenyum. Siap boleh quote dengan penuh gaya sekali segala kata-kata saya... si buah hati saya ini.

"Seera, kalau nak pergi, I hendak pergi dengan you!"

Seera sudah menjeling tajam, dan segera berlalu.

Dia ingat nak pi red carpet Oscar Award ke, kena bawa pasangan pula. Seera memasang suis komputernya sebelum ke belakang membawa Tupperware ke pantri. Dia letak nota di peti sejuk: 'Kawan-kawan, ada makanan untuk semua. Selamat berbuka. Seera' Pantri itu mereka berkongsi dengan wartawan Meja Hiburan dan Meja Sukan juga.

Hari ini dia akan berbuka puasa dengan Abang Affan dan Fattah dekat UM. Lepas kelas Abang Affan janji akan jumpa dia di kantin Fakulti Perubatan. Lepas tu Seera akan balik ke ofis semula -- bekerja sampai kerja siap. Yang sedihnya, dia akan tarawih sorang-sorang di ofis. Abah selalu berkata, kerja wartawan tidak sesuai dengan fitrahnya. Selalu sahaja dia nafikan. Kecuali adanya Kamal, Seera suka sangat dengan kerja dan kawan-kawannya di sini. Dia tidak dapat bayangkan kena jadi doktor seperti Abang Affan dan bakal jadi jurutera seperti Fattah. Tak kena dengan jiwanya.

Kalau jadi isteri jurutera?

Hatinya sudah berbunga seribu warna. Rasa malu dengan persoalan tadi menerpa, membuat mukanya terasa panas tiba-tiba. Isy, bulan-bulan puasa macam ni duk fikir fasal jodoh pula. Apa salah fikir fasal tu, Fattah pun sudah nak habis studi kan. Sudah elok pun, lagipun bukannya Fattah bersembunyi lagi fasal hatinya, kan!

Berdoalah, Seera... kan sedang berpuasa ni, hati terus menggodanya. Insya-Allah makbul nanti.

Tiba-tiba...

"SEERA!" Suara Datuk Malik mengalih hatinya pada persoalan sebenar.

"Mana semua staf ni?"

"Assignment!"

Kalau cakap Zaidah dan Emilia ambil separuh hari, mahu Datuk Malik leter sampai waktu berbuka tak sudah lagi. Beli baju raya kira assignment la juga, kan, dia bukannya berbohong kan.

"Siapa tak puasa ni, ada bau kari pula?"

"Tak, saya bawa untuk buka puasa nanti." Balas Seera cepat-cepat.

Datuk Malik tersenyum. Gaya dia ala-ala tak percaya sahaja dengan pengakuan Seera.

"Seera, awak malam ni cuba pergi buka puasa di Palace of the Golden Horses ganti saya. Saya ada benda urgent kat Melaka. Dengar PM ada, pergi hidu sikit kalau-kalau PM ada cakap fasal kes Dato' Seri dan tahanan ISA tu. Walaupun hukuman dah jatuh, tapi berita Dato' Seri laku... sales kita naik!"

"Saya?" Tak siap la artikel aku malam ni, dan janji buka puasa dengan Affan-Fattah berantakan la.

 "Ya awak la, awak punya telinga tajam dan pandai cari scoop." Puji Datuk Malik. Ikhlas!

Tapi pada analisis di minda Seera ternyata sangat buruk hidu, telinga tajam, pandai cari scoop. Uwaa kedengaran macam tak manis macam dia seekor anj...

 "Eh, awak pun ada Kamal?" kata Datuk Malik sebaik sahaja melihat kelibat Kamal yang baru balik dari tandas.

"Ya."

"Baguslah ikut Seera sekali, hidu berita!" arah Datuk Malik sambil berlalu.

"Ke mana kita?" tanya Kamal.

Cis, soalan dia... macam gaya aku nak ajak pergi dating pula."

"I boleh pergi sorang!"

"Datuk arah."

Seera sudah menjeling.

Macamlah kita takut dengan jelingan maut dia tu. Terpanah adalah. Kamal tersenyum senang.

"Ke mana?"

"Mines, Golden Horses."

Wah, pucuk dicita ulam mendatang. Kamal, ingat tu... awak sedang berpuasa, jangan nak cuba-cuba ambil kesempatan mengurat Seera pula. Tahulah awak suka dia. Tahulah awak sedang berebut dengan Suffian cuba curi hati gadis manis ini.

Seera sudah bergerak ke mejanya. Kamal mengekor dari belakang.

"Bekal you ni, nanti kita makan waktu sahur ya."

Seera menjeling lagi.

Sepatunya dia buka puasa dengan Abang Affan dan Fattah...

Kalau ku pinang-pinang tak dapat,

Ku pujuk-pujuk ku bawa lari, Seera!

Ya, Seera... tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari...

"Betul nak makan dengan gulai ayam, tak nak serawa durian?" Soalan emak membawa ingatannya pada si manis berbaju kurung merah delima tadi hilang tiba-tiba.

"Gulai ayam aja mak." Seera tak suka bau durian, Seera alergi pada durian.

"Mak, Mal pergi dulu... dah lambat ni." Kamal berlalu ke kebunnya. Hari ini hatinya sedih sangat. Susahnya nak lupakan Seera. Manakan tidak, sebab dia tidak mahu Seera hilang daripada hatinya.

Al-Fatihah untuk kamu yang sudah pergi dahulu....

 __________

Akan datang:

Suatu Hari di Bulan Puasa... [4]

'Untold story'

 Lihat sahaja ikan cencaru belah belakang di Pasar Ramadan, Piyah terus teringat pada Piyan. Kenapa hatinya begitu mudah jatuh pada lelaki yang sebegitu sahaja. Kenapa sukar pula hendak padam segala ingatan manis itu.

'Sebegitu'? Apa maksud Piyah?

Ya, Piyan tu tukang jual ikan sahaja: bukan kerja hebat-hebat. Sah-sah la nenek sebelah ibunya akan menentang habis-habisan.

Aik, sanggup menjadi isteri kedua ke? Bukankah Abang Piyan sudah berkahwin, entah-entah sudah beranak pinak pun. Kan sudah lama cerita itu berlalu, kenapa hendak dikenang-kenang lagi?

Piyah menyapu air mata yang bergenang... teringat pada tok, dan teringat pada Abang Piyan datang serentak petang itu.

"Ikan cencaru?" tanya ibu.

"Tak nak... nak beli sambal tumis sotong la."

"Bukan suka ikan cencaru belah belakang ke selama ni?"

"Dah tak suka dah!"

Ibu jarang masak di rumah, kalau Piyah balik dari USM sekejap-sekejap begini, mereka banyak makan di luar sahaja. Kalau masuk bulan puasa, ibu beli lauk di Pasar Ramadan sahaja.


Posted at 09:04 am by noorsuraya

Nacha
July 28, 2012   05:45 PM PDT
 
ish!! Iejay sudah masuk line. tak leh jd ni. abg kamallllll. ptg ni kita buka posa sama2 tau. nanti sy bwk roti jala & kari ayam. sy dah blaja resepinya dgn Seera dulu. :P
iejay
July 26, 2012   11:39 AM PDT
 
Kamall!!!! *itu je nak cakap..hehehe*
fauziatun
July 26, 2012   10:59 AM PDT
 
kaksu untuk dua novel tu mmg tak dikeluarkan lagi ker
Spec
July 26, 2012   02:16 AM PDT
 
seronok, seronok! memang leka baca pasal kamal-seera niiii... terasa bagai dapat merasa kesedihan kamal... pagi tadi dah baca separuh, ni baru sambung sebab tadi kena keluar. tak sabar tunggu suatu hari di bulan puasa 4, dan lebih tak sabar lagi tunggu semua suatu hari di bulan puasa ni menjadi sekuel nanti.... eeeee sayang kaksu.. :)
Asnah Amat Mokito
July 26, 2012   12:22 AM PDT
 
kak su...moga lebih banyak 'Kamal' di luar sana...
wan empok
July 25, 2012   06:19 PM PDT
 
Nak hi-5 dengan Huda, boleh? Hehe. Selamanya suka Kamal.
Huda
July 25, 2012   04:13 PM PDT
 
Suka sgt Seera dgn Kamal!! Antara Kamal dan Fattah, Kamal mmg the best! hehe.
Azizah Mustaffa
July 25, 2012   01:51 PM PDT
 
aduhaiiii..sedihnya hati yang ditinggal sendiri.....terliuq la pulak roti jala kat atas tu...
masalifah
July 25, 2012   12:22 PM PDT
 
kat mana ye nk cari buku biru ungu cinta ni..huhu...xjumpa dah.
zeehan
July 25, 2012   11:32 AM PDT
 
cik zeehan yang pandai buat teh tarik dalam Gadisku, Wan Adnin...pagi ni makin ceria dengan kak Hazirah, wartawan meja luar negara dalam suatu hari di bulan puasa pula...aduhai kasih aduhai...terima kasih kak su...
wan...mana boleh tak masuk jarum...heh heh heh...
Fatiha Basri
July 25, 2012   10:34 AM PDT
 
Kalu baca pasal Kisah Seera mesti sedih... Kagum sgt pada Kamal yg setia itu... :)
nida
July 25, 2012   10:26 AM PDT
 
Kaksuuuuuuuuuu........!!!!!!!!!!!!!!! Nida rindu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Huhuhu....
Ryn
July 25, 2012   09:35 AM PDT
 
Salam kaksu :)
Ramadan Kareem
nawwir
July 25, 2012   09:29 AM PDT
 
Kaksuuuuuuuuuuuuuuuuu touchingnya sampai meleleh aiq mata.
Saya suka roti jala dengan kari ayammm huwaaaa, favorite saya dan ayah saya hikhikhikkkk
saya pandai jala aja tak pandai bancuh tepung dia hihihi.
wan_amalyn
July 25, 2012   09:29 AM PDT
 
kaksu...

Rindunya pada Seera... :( mengingatkan Seera pasti mengundang air mata... & teguhnya cinta Kamal pada Seera membuatkan hati jadi sayu...

psst: Hazirah si pemberita dari Meja Luar Negara tu tak nak masuk jarum ke?? hehehe
kakmon
July 25, 2012   09:25 AM PDT
 
kena baca pecut 100m

mmmmmmm.. kak uya.. rindu padamu kian membara
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry