E-Novel NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)
 Oleh: Noor Suraya
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB

Dang Bersaudara [Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]
Tukang Ulas Novel antubuku novelcintamelayu perca seribu satu malam ANTOLOGI CERPEN Buat Menyapu si Ayer Mata
E-Novel

KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB
 "Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati." [Nik Ahmad Adam]
BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB

"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan." [Abdul Fattah]
RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB

"Pabila berkata tentang cinta, angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita? Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...." [Dr Farhana Haji Abu Bakar]
|
 |
Antaranya penulis kesukaan kaksu suatu waktu dahulu... KHADIJAH HASHIM
Kaksu pernah bertemu dengan Khadijah Hashim (KH) sekali pada tahun 1989, sewaktu kaksu menjadi wartawan/editor untuk akhbar remaja: Mingguan Menengah, berpusat di Melawati. Waktu itu, kaksu membuat review untuk buku keluaran syarikatnya K' Publishing. Kalau tak salah kaksu review buku Rejab F. I.
Bilamana Mingguan Menengah ditutup (bukan pasal kaksu tau -- kaksu pekerja berdedikasi la), kaksu ke pejabat Puan Khadijah Hashim untuk memulangkan sendiri padanya, naskhah terbitan syarikatnya itu. Lemah lutut tau dapat jumpa dengan penulis kesukaan kaksu itu, di lobi K' Publishing di Bangsar! Orangnya lemah lembut.
 Inilah Khadijah Hashim!
Aduh gara-gara menghadiri Anugerah Sasterawan Negara dan diikuti dengan menonton cerita inilah... kaksu jadi haru-biru.
Sewaktu Kak Yah dan kaksu menonton cerita itu, kaksu sudah diserang sindrom 'gedik' hendak buat kelab membaca yang jenisnya 'ad hoc aja'. Kak Yah sudah datang usul buat Kelab Membaca Buku Noor Suraya.
Yah.. no no no!
Mana bestnya, buat kelab untuk diri sendiri – itu ala-ala nak menakutkan ahli kelab supaya terus-terus memuji kaksu – kalau tak kaksu akan merajuk, sebab kaksu tak tahan kena hentam, kononnya! Hahaha...
Kaksu sebenarnya ingin buat kelab membaca buku penulis kesayangan kaksu suatu waktu dahulu. Penulis yang banyak memberi impak, untuk kaksu menulis. Walaupun KH tidak tahu siapa Noor Suraya tu pun, kaksu nak buat sesuatu yang kaksu seronok, dan bukannya untuk dipuji tau!
JADI...
Minggu membaca Khadijah Hashim datang lagi. Gara-gara ke rumah Sil minggu lalu untuk open house, baliknya kami tumpangkan DD ke LRT Universiti – dalam kereta berbual-bual fasal novel kesayangan kaksu suatu waktu dahulu, Jauh Dikenang Dekat Disayang dan Merpati Putih Terbang Lagi... langsung minggu ini, di rumah kaksu... menjadi minggu membaca Khadijah Hashim. Kaksu dan Kak Yah sedang 'lomba' baca KH la. Jadi jangan tanya dari mana waktu terluang itu tiba-tiba datang... dengan urusan opis yang menambun itu ahaks.
MAKANYA...
Jumaat semalam waktu Ekspo Buku sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (Wilayah Persekutuan) di Putrajaya, kaksu membeli beberapa buku KH... yang sudah hilang dalam simpanan:
- Trilogi Khadijah Hashim – Jilid 1 (Laila Azwa Gadisku / Cinta Kedua / Senator Adilla]
- Trilogi Khadijah Hashim – Jilid 2 [Mira Edora / Jauh Dikenang Dekat Disayang / Melawan Arus]
- Badai Semalam
- Merpati Putih Terbang Lagi
- Pelangi Pagi
 
(Nota: Judul yang berwarna merah jambu masam itu – novel kesukaan kaksu)
Memandangkan Kak Yah juga membeli dan memiliki buku yang sama, jadi kaksu sudah sepakat ajak Kak Yah turut serta dengan projek kaksu, merangkap jadi urus setia.
Projek?
Kelab Bulan Membaca Khadijah Hashim... sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, la! Jadi siapa hendak ikut 'gabung' boleh sahaja tinggalkan mesej di sini... kenapa saudari layak untuk ikut serta ahaks.
Sebagai contoh,
KH tu emak saudara saya... saya kenal KH lebih awal daripada sesiapapun, saya baca semua bukunya... saya boleh hafal dialog dalam semua ceritanya... ahaks (ala-ala promo la)
Syarat pertama:
- Duduk di KL/Selangor atau bersedia ke KL/Selangor
- Mestilah perempuan
- Minimum telah membaca LIMA novel KH
- Memiliki (akan memiliki) LIMA buah novel KH
- Pernah jumpa (bersedia untuk berjumpa) dengan KH
- Sanggup datang ke diskusi (dan sedia memberi pandangan) novel terpilih bulanan
- Sanggup jadi hos untuk satu perjumpaan
Syarat seterusnya akan diumumkan apabila anda terpilih jadi ahli kelab ini :p
Okey... entri kecil ini, sebelum entri siaran tertunda Malam Anugerah Sastera Negara...
_______
Catatan:
- Opps, jangan lupa letak juga alamat e-mel untuk kaksu hubungi juga ya... kalau terpilih menjadi anggota kelab.
- Terbuka untuk LIMA peserta sahaja tau J
- Promo terbuka sehingga 5 November ini sahaja....
Posted at 12:16 pm by noorsuraya
 |  |  | ainunl.muaiyanah November 1, 2009 09:17 AM PST
kaksu.. hehe.. syarat-syarat diatas sangat enteng. oh ya, masa jumpa kaksu lupa nak khabar, syarikat k publishing itu sebenarnya satu company dengan syarikat cerdik. k publishing buat buku dan cerdik edarkan. buku-buku khadijah hashim banyak sekali di tempat kerja saya. Iyalah satu company kan. Dengar-dengarnya selepas training 3 bulan saya mungkin akan dipindahkan ke k publishing (yang selang beberapa pintu sahaja dari tempat kerja sekarang). jadi editor disana. Harap-harap termakbul. :).dengarnya khadijah hashim itu cerewet sekali semasa proses edit buku. huuhuu..
oh ya, penulis perempuan pertama yang buat saya jatuh cinta itu khadijah hashim la orangnya. Saya membesar dengan karyanya seawal disekolah rendah lagi. Bila dewasa begini saya, kalau ditanya karya penulis wanita apa yang kamu baca, saya cuma ingat KHADIJAH HASHIM sahaja. haha.
memang sekarang sedang baca balik novel-novelnya. bila kaksu tulis begini, kita rasa gelombangnya sama-sama terkena pada saya.. :). Kita ini seperti senada pula.. :)
haha.. jadi saya ini layak atau tidak jadi ahli kelab?
hikhik
(sedang baca buku cerpen buka kota) |  |
  |  |  | huda October 26, 2009 11:16 PM PDT
salam,
Kak Su nak ikut :).
Buku pertama KH yang saya baca Badai Semalam, masa darjah enam. Pinjam buku sepupu yang hendak ambil SPM kertas sastera masa tu. Rasanya dah baca lebih dari lima buku KH, tapi yang beli masa zaman muda-muda dulu semua dah hilang. Cuma tinggal Bila dan Di Mana saja, itupun dah lunyai. Berangan hendak jadi penulis disebabkan oleh si Mastura itulah :). Sekarang, cetakan baru, dalam koleksi saya ada Trilogi jilid 2,3,4 dan Badai Semalam. Hehe... dah cukup syarat dah tu. Cuma takut ada kekangan masa saja. |  |
  |  |  | kucc October 26, 2009 03:03 PM PDT
wahh, ramainya peminat KH....kaksu, kucc pun minat KH sejak zaman sekolah lg & novel KH lah yg kenalkan kucc pd dunia novel melayu. Dah bc BS, ME, LAG, CK, MPTL sygnya semua buku2 ni dah selamat dlm perut anai2, huhukkk...kalau masih ada ruang, nk joint gak kelap ni..hikhik |  |
  |  |  | Nab October 26, 2009 01:41 PM PDT
Salam Kak Su,
Sejak sekolah lagi memang dah minat kat KH ni. Selalu habiskan duit beli buku beliau tapi banyak yang hilang tak tau kat mana dah.. Tapi last year ada jumpa balik buku2 KH yang dah dijilidkan. Sekrg nih saya ada semua Jilid 1 hingga 4, Badai Semalam dan Ditengah Kabus (selalu ulang baca buku ni) suke giler... cerita pasal misi(nurse) yang comel dan baik.. |  |
  |  |  | nacha October 26, 2009 12:00 PM PDT
kaksu.. saya pun turut menyokong dr jauh je. sebabnya syarat2 yg kaksu kenakan tak mengizinkan saya utk turut serta. uwaaa... sy cuma pernah baca Badai Semalam & Mira Edora je. ada 2 lg pernah baca tapi tak ingat ceritanya. tu pun kakak saya yang beli. sekarang ni tak tau la mana perginya buku2 tu. dolu2 baca waktu sekolah mana ada duit nak beli. apa yang kakak saya beli saya cuma tumpang baca je. tapi kisah Karim & Mazni dalam Badai Semalam mmg terpahat di minda. kisah antara 2 darjat yang sangat menyentuh jiwa. |  |
  |  |  | tok yang October 26, 2009 11:55 AM PDT
kaksu.. kita tu pon peminat KH taw, tapi bila scan prasyarat tu.. *tayang muncung tok umi* |  |
  |  |  | ju'a October 26, 2009 09:48 AM PDT
kak su...best nya ada Kelab KH...mmg minat novel KH lbh2 lg badai semalam kisah mazni tu..karya lain yg dibaca mira edora dan merpati putih terbang lagi..sedih sume buku tu hilang masa berpindah atau pinjam x di pulangkan....apa2 pun ju'a sokong usaha kak su ni.....
Kelab Kak Su bila lagi.... |  |
  |  |  | kaknOOr October 26, 2009 09:14 AM PDT
Kak NIla....
Zaman dolu penulis yg saya minati
1) Khadijah Hashim,
2) Zaharah Ibrahim
2) Zaharah Nawawi....
kak nOOr ada semua koleksi ketiga-tiga penulis ni(zaman tu novel nipis je tidak tebal) Tapi sedih dok pindah randah habis hilang ( mungkin ada yg dah termakan dik anai2)...
Badai Semalam adalah novel wajib untuk pendidikan sastera waktu itu ...dan akak hafal segala dailog dan jln cerita membolehkan akak dtp A1 dlm exam.......
Untuk menjadi ahli akak mungkin tak mampu sbb semua novel tu dah hilang......Apa2 pun akak sokong dari jauh je.... Semoga usaha murni kaksu di permudahkan ... AMIN |  |
  |  |  | kak ee October 26, 2009 09:08 AM PDT
kak su, klu buat kelab buku kak su kita ahli no satu ya! yg lain kita demand la supaya buat kelab buku kak su :)
sedih la sbb cuma ingat baca satu buku KH - badai semlm je itu pun buku teks ahaks! |  |
  |  |  | nawwir October 26, 2009 08:42 AM PDT
kak nila......
jangan sedih, saja nak wat lawak yang tak berapa lawak.....
Itu hanya versi saya mengingatkan jaman...
... dolu2, kalau orang-orang yang suka sgt sesuatu buku yang boleh di kira ala2 dah pupus, memang main aci photostat jer.
Kalau tak salah saya dulu buku dedaun hijau diangin lalu - masa tingkatan 4 - ramai berebut baca novel tur dalam bentuk photostat.....
kak nila jangan sedih tau.... saya lawak jer...... saya akan caari sampai dapat, kalau ditakdirkan tak dpt jugak , saya pinjam lah. :)
*lap airmata kak nila* |  |
  |  |  | Kak Nila October 26, 2009 07:41 AM PDT
Nawwir... kata-katamu buat kak nila sedih tau :(
Semalam tu kaksu kata pada Kak Nila, tajuk lain pun tak apa, asalkan KH. Cuba pi tengok link KH di atas, mana tahu... nawwir ada buku lain tu. |  |
  |  |  | nawwir October 26, 2009 07:35 AM PDT
kak ajah....
kalau saya tak dapat cari kelima2 buku tur..... aci photostat tak |  |
  |  |  | Kak Ajah October 25, 2009 11:52 PM PDT
kaksu, dengan ini saya mendaftar secara rasmi untuk join kelab membaca KH, sebab
1. saya ada kelima2 tajuk tersebut
2. novel melayu pertama yang saya baca ialah Badai Semalam (Hikayat Hang Tuah tu tak kira ya) dan saya suka **** dalam cerita tu :D
|  |
  |  |  | imannuha October 25, 2009 06:56 PM PDT
Salam kaksu!
saya pun salah seorang peminat Khadijah Hashim,saya dah beli trilogi Khadijah hashim jilid 1 dan 2 serta Merpati putih terbang lagi pada tahun 2002 yang lalu...
saya sokong dari jauh je le..... |  |
  |  |  | wanAmalyn October 25, 2009 04:10 PM PDT
kaksu... wan pun nak join sama..... =) *daftar diri*
Kenapa saya suka setiap karya Khadijah Hashim...
1-kerana Khadijah Hashim adalah antara novelis terawal yang 'memperkenalkan' saya pada dunia buku/novel. Saya menjadi pengunjung tetap perpustakaan sekolah (saya) semata-mata untuk mendapatkan buku-buku karya KH (maklumlah dulu waktu sekolah saya tiada peruntukan untuk membeli selain daripada 'barang sekolah' dan novel bukan 'brg sekolah' saya =(
2-Saya jatuh cinta pada setiap karya-karya beliau yang saya sanggup baca berulang-ulang kali tanpa sekelumitpun rasa jemu... antara karya beliau yang masih saya gemar hingga ke hari ini adalah, Badai Semalam, Laila Azwa Gadisku, Mira Edora, Jauh Dikenang Dekat Disayang.
3-Saya gemarkan bahasa indah KH yang menjadi sumber dan membantu saya menguasai Bahasa Malaysia (karangan) dengan baik.
4-Saya adalah peminat KH dan saya INGIN bertemu 4-mata dengan penulis evergreen ini...
kaksu... harap wan akan menjadi antara ahli kelab yang terpilih yer!
Ops... kenapa 5 aje bukan 10 org?? =D
|  |
  |  |  | nawwir October 25, 2009 03:25 PM PDT
kak su.... saya coppp nak jadi ahli kelab jugak.
Kerna buku KH lah saya mula berjinak2 dengan novel.... kalau tak salah masa tur , tinggakatan 1 dan 2, sekolah petang , tapi selalu dtg pagi sbb nak pi library pinjam buku ... rasanya saya pernah laila azwa gadisku...
kak su... tapikan .... nie yang sedih.... saya takde 1 pun buku KH... sbb dolu2 pinjam library... huwaaaaaaaaaaa
masih boleh jadi ahli ker.....
Tapi nak jadi ahli jugak
|  |
  |  |  | kaksu October 25, 2009 02:47 PM PDT
salam dyea,
dyea terpilih, tahniah! Nanti bilanab kita cukup korum, kaksu e-mel tau, ini projek tahun depan... :)
nanti diskusi kita akan jadi menarik kerana ada 'generation gap'... seronok-seronok... |  |
  |  |  | dyea October 25, 2009 02:44 PM PDT
kaksu, khadijah hashim antara novelis terawal yang saya kenal (kenal nama je hehhehe) . saya senang n suka dengan karya2nya..badai semalam novel dewasa pertama yang saya baca masa umur 11 tahun ..next baru la saya bercinta pula dengan laila azwa gadisku..(yg kemudian diadaptasi ke drama - hans isaac n aleeza rafar jadi watak utama).. n Mira Edora (yg ni tgk filem je), n juga melawan arus, ke mana
kasih hendak di bawa ( yang ni follow novel bersiri dewan siswa) n satu lagi bukunya yg saya lupa tajuk - kisah abang berkawan dengan kakak tp last kawin ngan adik- ada sapa2 ingat tak?..
oooo yeahhh sib baik cukup syarat kan..hehehhe.. bagusnya ada kelab macam ni..bole lebih mengenali lagi karya2 KH |  |
  |  |  | dyea October 25, 2009 02:12 PM PDT
waaa bgusnya ada kelab ni..
ok..dgr rasminya saya mendaftar diri..
.. nti kena cari balik la buku KH yg dh kena makan ngan anai2.. jahat kn batalion anai2 tu..huhuhu |  |
|