Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004



NOOR SURAYA



<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


E-Novel


KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Saturday, September 05, 2009
Inilah Buah Hati... Noor Suraya
Siri Adiwarna


               (a)                                    (b)                                    (c)

Berangan-angan sewaktu kecil, membuat kaksu dapat menulis tiga buah cerita ini. Walaupun ketiga-tiga cerita ini kaksu ambil masa seminggu untuk siapkan (dengan bantuan Enche Housemate sebagai tukang taip diraja) -- tetapi cerita (a) dan (b) itu; kaksu tulis sewaktu di darjah enam lagi. Sayangnya, cerita itu hilang sewaktu keluarga kaksu berpindah-randah, sebab abah sentiasalah bertukar tempat kerja ke sana sini.

Bagaimana syukurlah, kerana kaksu berpeluang untuk ubah suai semula dan edit untuk mengikut waktu sekarang. Lalu, cerita ini memang 'sah' dihasilkan oleh seorang kanak-kanak dan kemudiannya, apabila kanak-kanak itu meningkat 'dewasa dan menjadi tua' dieditnya menjadi lebih matang dan penuh informasi.

Cerita (c) cerita baharu. Kaksu tulis sewaktu kaksu berada di Sibu, Sarawak (1995) lagi, dan ketika kaksu masih menjadi cikgu dahulu. Terima kasih untuk Kak Roslina Abdullah (Setiausaha, di Foundation Studies, KDU) yang baik hati dan tolong mengubah hasil typewritter itu ke komputer... Kak Ros terima kasih ya...:)

Sewaktu kaksu mengirim ketiga-tiga cerita ini ke DBP pada tahun 1995 (dengan manuskrip yang bertaip dengan mesin ketik itu), cerita ini sudah terpilih pun untuk diterbitkan. Tetapi faham-fahamlah birokrasi di DBP itu bagaimana. Sewaktu kaksu dipuji-puji oleh mereka untuk karya-karya kecil ini, hidung jambu air kaksu sudah kembang kepis 'gumbira' dalam malu-malu. Kemudiannya, kaksu punyalah menunggu bila la akan diterbitkan, sampailah... kaksu menelefon dan bertanya pegawai bahagian itu, sama ada jadi terbit atau tidak, jika tidak kaksu ingin menghantar ke penerbitan yang lain.

Lalu, pegawai berkenaan berkata, lebih kurang la... "Kami memang hendak terbitkan, tetapi kerana saudari ingin mengambil kembali, jadi kami akan pulangkan."

Sedih, sedih. 'Ugutanku' kecundang rupanya. Padahal waktu itu tidak tahu pun ke mana harus dihantar manuskrip ini kecuali kepada DBP. Sewaktu parcel manuskrip yang dipulangkan (oleh DBP) itu tiba, kaksu bertanya pada diri kaksu adakah kaksu ini tidak cukup sabar untuk menunggu? Cerita selepas itu semakin tragis... dan alhamdulillah, buku-buku kecil ini akhirnya membuka peluang kepada lahirnya, JEMARI SENI PUBLISHING. [Bacalah jika sudi]. 

Rupa-rupanya 'tidak jadi terbit' di tiga penerbitan yang berbeza itu ada hikmahnya yang tidak terduga, kan! Syukur sangat. Alhamdulillah.

Setahun dua yang lalu, sewaktu kaksu terserempak dengan pegawai DBP yang terlibat dengan penerbitan buku kanak-kanak (Projek PURNAMA) -- tiba-tiba dia bertanya, "Buku yang cerita tentang arkeologi, yang budak-budak pergi Gua Cha tu masih ada?" Dia masih ingat manuskrip itu pernah masuk dalam projek untuk diterbitkan, sebelum dia UK sambung pelajarannya. Tetapi setelah dia kembali, dia tidak nampak buku itu pun.

Chewah, setelah bertahun-tahun dia masih ingat. Terharunya :) selepas berbelas tahun, dia masih ingat. Dia suruh kaksu hantar untuk diterbitkan, kerana DBP menghirupkan semula Projek Pernamanya, kerana khalayak sudah ketandusan novel-novel untuk kanak-kanak. Waktu itu kaksu dah berura-ura nak terbitkan sendiri, dengan Jemari Seni Publishing tentunya. Walaupun tidak tahu bila akan diterbitkan. Aduh, buku hendak lawan dengan Play Station 2, 3... siapalah yang akan menang :( kan? Sudah terang lagi bersuluh :( 

Kaksu rasa ibu bapa juga harus beri komitmen untuk galak anak-anak membaca. Kena memberi waktu untuk mereka sudahkan novel kanak-kanak, dan masa untuk bermain PS2, PS3 atau apa-apa 'game'. Sebab kalau kita hilang generasi membaca dalam kalangan kanak-kanak sekarang, apa akan jadi dengan industri buku pada masa akan datang (hahaha... kaksu sedang congak untuk rugi industri buku negara ahaks -- almaklumlah, orang meniaga).

Pada kaksu (yang tidak pernah jadi ibu) membiarkan PS2, PS3 menjadi 'baby sitter' sahaja, adalah tidak sihat. Sebab mesin tidak berupaya menjadi elemen untuk membentuk rohani -- kecuali sifat ingin menang yang tidak sihat sahaja. Nilai murni hanya dapat diterapkan oleh bahan bacaan, berbanding 'program' yang tiada rohnya. (Cis, adakah kaksu sedang memaksa orang membaca Siri Adiwarna, ini? Dengan mengada-adakan polemik di sini? Oh, tidak! Ini betul-betul!!!)

Cerita kanak-kanak 'tiga beradik' ini ada nilai sentimental yang tak terucap. Ia bercerita fasal zaman kanak-kanak kaksu yang manis. Zaman yang kita tidak pernah 'cukup-cukup' walaupun sudah berpuluh-puluh buku Enid Blyton kita khatam. 

Cerita ini, memang kuat berbau Enid Blyton -- tetapi ditulis dalam budaya Melayu dan cara hidup Islam. Selamat membaca, inilah buah hati kaksu... tiga buah cerita daripada NOOR SURAYA.

ps: Terima kasih Kak Ajah, merealisasikan harapan kaksu...
       Untuk anak-anak yang menunggu, akan menyusul entah bila cerita, Kelab Sarjana: Misteri Rumah Api di Tanjung Pandan.
_______

Catatan:



Inilah ini Enid Blyton -- cerita tentang dia akan difilemkan tahun ini. Dari waktu sekolah, terutamanya di tingkatan satu dan dua, kaksu selalu berharap kaksu dapat menulis cerita kanak-kanak sepertinya.

Apabila remaja sedikit lagi, kaksu juga ingin menjadi penulis seperti Khadijah Hashim dan Adibah Amin.

Apabila semakin dewasa lagi, kaksu semakin menambah bilangan novelis pujaan. Membaca dan menulis adalah dua perkara yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata.

TAHNIAH untuk Saudara Aidil Khalid (Bila Nysrah Kata Tak Mahu, terbitan Jemari Seni Publishing) yang novel bersirinya berjudul Dengan Tinta akan mulai disiarkan di Berita Harian, mulai esok 6 September 2009.
   
Posted at 07:35 am by noorsuraya

bigmama sibu(shidah)
November 8, 2009   01:19 AM PST
 
jutaan tahniah kerana buku tersebut berjaya diterbitkan. aku masih menyimpan buku cerita rakyat hang bersama pelajar di smkrd dulu dulu kala.
hamiah othman
October 27, 2009   10:01 AM PDT
 
salam. saya memang gilakan karya kak su. saya cuba dptkan nyanyian tjg sepi utk koleksi sebab best. supplier sedang cari tp belum jumpa. setiap novel punya cerita tersendiri. paling best banyak ilmu saya dapat dlm karya kak su. kdg2 saya bacakan ayat2 cinta novel kak su pada student saya. saya boleh bayangkan watak yang kak su cipta termasuk situasinya sekali seolah-olah sayalah heroin yang bertuah tu. he he
email saya kasihnuriman@gmail.com
kakmelia
September 10, 2009   11:47 AM PDT
 
Saya juga menanti adik-beradik Adiwarna diterbitkan... Sekecil sudah bertanya cerita-cerita baru...
Jid
September 9, 2009   03:01 PM PDT
 
terkenang suatu ketika dulu naik komuter dgn kaksu ke bangi. Kaksu sebut pasal buku ni dlm komuter tu. Tapi bila dah jadi buku jid pula yg terlambat memilikinya.. huhu...
Jid
September 9, 2009   02:59 PM PDT
 
jid juga yg ketinggalan LRT belum baca citer ni.. huhu...

kaksu, wat citer kisah pulau macam Nims Island pula lepas nih ya.. heheh... jadi alexandra Rover.. (",)
nawwir
September 6, 2009   07:38 AM PDT
 
Salam kak su,

nawwir nak habaq mai nie.....
pertamanya nawwir nak ucapkan juta-juta-juta-juta (tak terhingga) untuk kak su kerana siri Adiwarna, sebab selepas fathma khatam Adiwarna, dia baca outloud lagi cepat dari nawwir baca outloud, huwaaaaaaaaaa, anak dah 'teng' nak dia, bila nawwir baca kuat2, nanti fathma lagi laju dari nawwir, nawwir tau ini hasil dari adiwarna.
Thank you sangat2, fathma dok tunggu adik2 Adiwarna lagi.
Hari tur dia ada tanya nawwir, " Umi bila Aunty Su, yang kawan umi tur, nak buat buku lagi?", dia dah pandai pilih apa yang dia nak baca.
Terima Kasih untuk Kak su dan terutamanya juga Jemari Seni.
tok yang
September 6, 2009   06:38 AM PDT
 
kaksu, tkasih letak nama kita 1 kroni dlm buku tu, adik siap bagi hi-lite kat nama2 tu tunjuk kat kita.

gua cha mengingatkan kita lawatan ke gua rusa MULU, rasa nak pegi lagi menyaksikan keindahan formasi batu kapur yg menakjubkan

harap kaksu jadikan cerita bersiri projek ni.

psssttt baca buku kaksu ni, betul2 mengingatkan betapa seronoknya pertamakali dpt baca buku enid blyton dari perpustakaan bergerak disekolah rendah zaman dahulukala..

sayang awak mmmwah
Kak Ajah
September 5, 2009   10:26 AM PDT
 
saya tunggu kelahiran lebih ramai adik-beradik Adiwarna dengan penuh sabar (kalau bukan bulan puasa mungkin dah tak sabar)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry