Salam buat saudara yang dikasihi,
Sewaktu kaksu masih kecil, waktu gagak masih berwarna putih... (fuh, ini peribahasa ya... untuk menunjukkan masa sudah berlalu begitu lama J zaman dahulukala la), rancangan televisyen tak ada banyak seperti sekarang ini. Jadi waktu untuk anak-anak membaca lebih banyak daripada anak-anak 'zaman gagak berwarna hitam' ini ahaks. Waktu itu tanpa perlu disuruh dipaksa pun, kita sudah tahu pun konsep Satu Malaysia. Sebab orang menonton cerita yang sama kerana saluran TV hanya ada dua sahaja. TV1 menjadi saluran propaganda yang ulung. Mudahkan.
Teringat waktu itu, segala jenis cerita kita hadam. Berita (nama lamanya, Warta Berita) pun kita tonton. Tetapi rancangan Peristiwa lebih kaksu suka. Peristiwa ialah rancangan seminggu apa yang terjadi di Malaysia. Rancangan ini ada rakaman gambar-gambar peristiwa... dengan latar orang bercakap di belakang tabir. Tapi kalau ada rancangan Peristiwa Khas, lebih menarik, sebab kita dapat melihat negara orang. Biasanya kalau Pak Menteri, atau Yang di-Pertuan Agong melawat ke mana-mana negara, atau benua ada la edisi khas tentang itu. Begitu juga kalau ada pembesar asing yang melawat negara kita, ada la rancangan Peristiwa itu. Melopong aja kita seluruh keluarga menyaksikannya dalam TV hitam putih. Itu tidak termasuk perkahwinan diraja, permakaman diraja dan macam-macam lagi. Melangut sahaja kita (dengan kebenaran) depan TV seisi keluarga.
Kaksu masih ingat lagi sewaktu mantan PM, Tun Abdul Razak meninggal dunia. Tok siap bawa pinggan mangkuk dan rice cooker – makan tengah hari depan TV di tingkat atas rumah sebab tak nak lepas mana-mana peristiwa siaran langsung. Peristiwa itu menjadi acara keluarga. Sekarang cuba cakap berapa orang berminat untuk melihat Pak Menteri dan Agong jalan ke mana-mana tanpa memikirkan (mereka jalan dengan duit rakyat ke... sadis kan?) tetapi itulah kenyataannya. Sekarang ini, kematian orang-orang besar bermakna ada cuti percuma untuk rakyat, bukan? Masa berlalu, sukar untuk mengikat hati rakyat J lagi.
Waktu dulu kita seronok sahaja dengar Andre Goh menyanyi, kita tahu dia tu orang Cina... tetapi kalau suaranya sedap mengalunkan irama Mas Merah dengan fasih dan lunak aja lagu aslinya, pujian harus dipuji. Apalagi waktu Andre Goh berduet dengan penyanyi lemah gemalai – Suhaili Shamsudin tetapi bersuara serak sikit itu. Kan kaksu cakap dah, sejak dulu lagi konsep Satu Malaysia sudah wujud, tanpa perlu slogan. Kita suka sahaja Param (dah meninggal baru-baru ini), Ayapan. Kita ralit aja menonton Drama 4 Sekawan dengan melihat pelakon Cina yang gebu dengan rambut set sebesar perahu (ini bukan kutukan ka, ini compliment la). Semakin dewasa, kita disajikan dengan pula kumpulan Alleycats, Kenny Remy Martin dan macam-macam lagi kumpulan – yang campur pelbagai bangsa pun ada. Kita minati lagu-lagu mereka, sebab mereka tu orang Malaysia.
Teringat pada kawan-kawan kaksu di KDU Penang dulu, Selina Rogers Nair, Jacquline Chuah dan Ewen Yeoh. Kami sering kami berkongsi cerita TV dulu-dulu yang hampir sama, sambil ketawa mengilai (mengikut Kamus Dewan Edisi 4, ejaan yang betul ialah, mengilai-ilai). Teringat waktu itu tentang rancangan Hiburan Malam Minggu dulu-dulu. Mereka juga kenal dan suka segala Uji Rashid, DJ Dave, Sudirman... apa lagi kalau cerita-cerita Melayu. Apa-apa lagi kalau cerita P. Ramlee. Hairankan, apa yang sudah terjadi sehingga slogan Satu Malaysia harus kita gimik semula... siap dengan pertandingan lagu segala.
Kaksu rasa itu dinamakan 'devide n rules' oleh bangsa sendiri... kesan daripada adanya aliran-aliran berbeza dalam semua aspek, selain daripada dasar pendidikan yang telah dipecahbelahkan semula. Semakin lama kita semakin menjauh, dan perlu disatukan oleh satu slogan. Padahal sistem pelajaran vernakular (yang suatu waktu dahulu membahagi rakyat Malaysia kepada lima aliran berbeza) sudah hampir berjaya kita pecah-pecahkan melalui sistem pendidikan yang seragam, melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979, yang inti patinya daripada Penyata Razak dan Ordinan 1957. Aduh, kenapa ya Pak-pak Menteri yang anaknya sudah tentu belajar dari luar negara itu tidak pernah mahu mengerti nurani rakyat yang lebih sayangkan negara ini, rakyat yang lebih kuat pula jati dirinya, fahamilah apa yang 'mereka' mahukan.
Ura-ura atau benarkah, PSMI akan diteruskan sehingga tahun 2017. Tahukah mereka bahawasanya dengan P&P Matematik dan Sains dalam Bahasa Kebangsaan, kita telah melahirkan begitu ramai doktor dan jurutera. Tahukah mereka bahawasanya mempelajari konsep sains dan menterjemahkannya dalam bahasa Inggeris dalam peperiksaan itu, tidak semudah bermain PS3? Terasa ingin sahaja mengajak penggubal dasar mengarut ini duduk di dalam kelas, dan melihat apa yang terjadi. Sudah-sudahlah membaiki labu, kalau sudah tahu kita tidak pandai membaikinya.
Semalam, baru sahaja mendengar Prof E Ulrich Kratz , dari Faculty of Language and Culture Studies dari Universiti of London yang bercakap dengan fasih bahasa Melayu (loghat ala-ala Indonesia) tentang bangsa Melayu berpecah kerana terhapus tulisan jawi, betullah tu... bahasa jiwa bangsa. Dokumentari mengenai aksara Melayu itu, banyak berbicara mengenai kegemilangan bangsa Melayu kerana bahasanya. Pak-pak Menteri menonton tak, saluran History petang semalam? Kalau hal bahasa masih gagal kita selesaikan, tak mustahil bangsa ini juga akan hilang kan? Aduh, terasa kajian kaksu mengenai manuskrip lama waktu menyempurnakan sarjana linguistik dulu menjadikan kaksu sadis begini...
Aduhai... padahal suatu waktu dahulu, Nusantara pernah disatukan melalui bahasanya... negara tanpa sempadan sehinggalah penjajah memecahkan kita menjadi kerajaan yang kecil-kecil (Tanah Melayu, Indonesia, Brunei... ) khususnya selepas Perjanjian Inggeris – Belanda 1824... jadi kecil dan kecil sehingga ada sekecil semut pun ada.
Opps, Anjung Mak Chik Raja ini bercakap fasal lain pula....
Kaksu telah bandingkan himpunan tulisannya untuk kajian sarjana kaksu:
Gallop, A.T dan Kratz, E.U. (1994). Warisan Warkah Melayu. London: British Library.
Catatan:
Kata kawan kaksu yang menjadi pensyarah kesan daripada P&P Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, jumlah graduan Perubatan menyusut sebanyak 70% - kalaulah statistik dapat berbicara, maknanya selama 6 tahun ini, kita sudah kerugian berapa ramai anak-anak Melayu yang berpotensi untuk menjadi doktor kan? Adus... jeling dekat 'Dr. Luthfil Hadi' dan 'Dr. Syarifah Hannan Sofea'
Tertarik untuk memetik (dengan izin) cerita 5 Tahun 5 Bulan (halaman 346) tulisan Hlovate terbitan www.jemariseni.com sebagai renungan:
"Bukan Along kata degree kat sini cikai.... Along tak dapat nak bayangkan je kalau kau orang nanti nak kerja kat Malaysia nanti macam mana. Nak bercakap dengan pesakit macam mana. Dah kat sini berabuk dengan Scottish accent, balik Malaysia nak pakai bahasa apa?"
"Bahasa Melayu la." Empat pasang mata sama menjuling ke langit. Fail logik betul Along ni. Takkan nak pakai bahasa Zulu kut. Hanya Noni si engineer yang ketawa menggeleng.
Afiq sengih sumbing. "Betul pakai bahasa Melayu, eh?"
"Dah tu..."
"Apa 'palpitation' dalam bahasa Melayu?" Afiq mengangkat kening merenung empat bakal doktor muda di keliling meja itu. Sekilas dia mengukir senyum mengusik ke arah Jo.
Senyap. Tak ada yang menjawab. Semua berkerut dahi memikir.
"Ana? Palpitation?"
Jo cuba menahan muka dari beriak. Palpitation tu ala-ala apa yang saya tengah rasa apabila Along tengok saya gaya macam tu lah. Mangkuk tingkat betul la Along ni! "Palpitasi." Ujarnya selamba.
Ketawa pecah di meja itu tanpa tertahan hari itu.
"Palpitation... palpitation..." Jo memetik jari sambil memandang siling malam ini. "Betul jugak apa yang Along kata tu. Kalau patient macam nenek aku, takkan aku nak tanya dia 'makcik ada rasa palpitation atau palpitasi atau apa-apa seumpama dengannya'. Mau kena baling terompah sebab cakap bahasa orang tak faham."
Aie menggaru pelipis. "Jantung dup-dab-dup-dab... jantung main aci kejar...." Dia turut mencari kata yang sesuai. "Palpitation..." Telunjuk menggosok dagu pula. "Berdebuk-debuk..." Apa lagi... "Hah!"
"Apa!"
Muka Aie sudah ala-ala Isaac Newton bertemu idea graviti di bawah pokok epal. "Berdebar-debar." Serius dia menuturkannya.
Jo terkedu. Ek?
Seketika ruang bilik itu sunyi.
Ketawa pecah bagai nak gila. Jo dah terhinggut-hinggut dengan muka di kepala Bart Simpson, cuba menahan agar ketawanya tak mengejutkan Iyan dan Noni yang sudah lena. Si Aie sudah berguling-guling ketawa di atas katil.
"Kau... kau..." Tercungap-cungap Jo menarik nafas dengan ketawa masih tak berhenti. "Kalau Nik Safiah ke Awang Sariyan tau ni... mau jadi isu kat DBP. Berdebar-debar...?" Ketawa Jo pecah lagi.
Posted at 08:42 am by noorsuraya
 |  |  |
nacha September 3, 2009 09:39 AM PDT
Tik Yang.. Aishwarya Rai nama dia. hehehe.. a'ah la. minat sgt kat dia sampai dia pakai lens kaler ijau pun sy nak ikut. ahaks.. tapi skang ni mcm dah suka sgt kat Priyanka Chopra la plak. dua2 pun Miss India yg sgt jelita. |
 |

 |  |  |
klavu September 2, 2009 02:18 PM PDT
beratnya juadah ari nih *telentok depan pc*
cant agree more |
 |

 |  |  |
Jid September 2, 2009 10:44 AM PDT
kaksu.. betul2... jid sokong kaksu.. teringat kwn Qaiyum (orang Iraq) cakap melayu loghat kedah yg pekat... dah tak rasa mcm org Iraq tp org kedah kalu dengaq dia ckp. tapi kalu tgk wajah dia mmg orang Iraq pure la.. hehehe...
jid paling suka part ni dlm 5T5B... bab palpitation.. heheh... |
 |

 |  |  |
nawwir September 2, 2009 07:49 AM PDT
kak su.....
Fatma tak suka matematik... huhuhuuuu dulu masa tadika okay jer sekarang asyik ko jer
kak su,
Dr. Hannan Sofea :)
|
 |

 |  |  |
tok yang September 1, 2009 04:57 PM PDT
kaksu sib bik kaksu taim gagak putih, kalo taim entah berantah... taktau tok yang nak masuk terowong waktu sapa, P.Ramlee ker Benjamin S :p
nacha tak ku sangka, rupnya ko memang peminat nomo satu ashwarai(eh! betul ka tok yang eja nih) |
 |

 |  |  |
nacha September 1, 2009 11:45 AM PDT
kaksu.. sy pun dah lama mengamalkan '1 Malaysia'. sejak zaman sekolah lg. bila ada apa2 acara kat sekolah mesti takde muka lain yg masuk part persembahan. siap masuk tarian india yg hentak2 kaki lg. nangis anak india tu tgk sy terlebih over dr dia. sampai patah gelang dia saya kerjakan. hahaha.. |
 |

 |  |  |
kak ee September 1, 2009 09:47 AM PDT
well said kak su... oooops betulll kak su.. |
 |