MORAY *

Salam,
Kalau di sebelah utara, dulu-dulu majlis berbuka puasa tak ada yang dibuat formal-formal di masjid macam sekarang ni. Kalau ada pun, ada la tok siak, tok bilal, dan siapa-siapa yang bawa makanan sendiri untuk berbuka di masjid. Dulu-dulu (dengan ampun), kita selalu syak tok bilal selalu sahaja berbuka puak-puak depa (setiba waktunya) sebelum mereka mula azan, atau pukul beduk untuk orang kampung berbuka pula.
Jahat kan? Kerana kita ada fikiran camgitu. Mamak kaksu la, dia la selalu cakap macam itu. Biasalah, kita orang pun main percaya aja kat Mamak. Dan depan rezeki dok tuduh tok bilal makan dulu. Waktu itu walaupun ada jam, entah kenapa kita tunggu juga azan atau beduk. Namun kemudian kaedah memukul beduk (mungkin beduk dah rosak, sebab kulit lembu tu dah tersangat kering?)... digantikan dengan bunyi siren bomba dari pekan. Ajaib, dengar aja bunga siren tu walaupun jauh dari kampung kita. Sejak guna siren bomba, tak ada la kita si budak-budak kecil ni merungut tak puas hati ahaks.
Ya la, waktu itu... puasa kita hanya tahu tak boleh makan dan minum, dan korek hidung. Jangan main dam, dam ular, congkak, lama-lama nanti makruh. Mandi lama tak boleh, mandi dengan buka puasa (lepas Asar) tak boleh - makruh. Baca buku memang digalakkan la, kalau kita baca mukaddam kita sangat disayangi tok. Kadang-kadang tu sampai tak ada sebab dah nak habiskan waktu puasa yang panjang, lalu kita main 'kira-kira' (bukan matematik) warna kereta yang lalu lalang depan rumah la, main buka buku tebal dan kira-kira angka. Fuh, waktu tu terasa waktu berpuasa panjangnya, panjang macam musim panas di England ahaks.
Oh, kembali semula fasal makan malam di bulan puasa tu. Selalunya selepas solat tarawih ada jamuan kecil yang kita panggil 'moray' (sebutlah cara Inggeris, suku kata pertama, 'more', dan suka kata kedua 'rare'). Budak-budak bukan main suka ke masjid sebab boleh makan di masjid. Budak-budak dulu macam lapar sahaja, walaupun sudah makan segudang makanan waktu berbuka, kan? Terasa sewaktu kecil perut kita ni elastik macam plastik (opocot, plastik ya... bukannya palestin), boleh aja isi sebanyak mana. Adik kaksu, Nanan... tiap-tiap kali lepas makan berbuka puasa kita kena ambil senduk (dan pura-pura cedok balik), sebab terlebih makan dan minum. Esok dia tidak insaf, dia makan banyak balik ahaks.
Oh ya fasal moray tu... siapa sahaja boleh awal-awal lagi 'booking' tarikh mereka hendak buat kenduri (moray) tu. Sila beli perhatian, ejaan yang sebetulnya untuk kenduri ini mengikut Kamus Dewan Edisi 4 ialah = moreh J
Punyalah ramai orang berebut la nak pilih hari, kadang-kadang kita tak boleh tempah tarikh sudah. Tok selalu akan tempah, dan jadikan jamuan itu untuk disedekahkan pahalanya sebagai kenduri arwah. Tetapi tok selalu buat nasi. Makanannya boleh apa sahaja daripada mihun, laksa, nasi, roti canai. Dulu-dulu orang Melayu tak pandai lagi buat roti canai yang sedap, tak ada pun orang Melayu yang jual roti canai. Jadi siapa yang hendak buat moray roti kena pesan roti canai daripada Restoran M*nila di pekan SP tu la. Lepas tu, timbul la cerita kononnya, orang roti canai tu uli roti canai dengan kaki la pulak. Cheh, ada-ada aja kan!
Tetapi sebenarnya apabila masuk bab moray, semua orang sebenarnya ternanti-nanti jamuan peniaga India-Muslim Sungai Petani (kita panggil Moray Masjid Rahman - iaitu masjid jamek yang menjadi markas para peniaga India-Muslim la) sebab mereka akan pilih setiap malam 27 Ramadan setiap tahun. Dan hidangan mereka semestinya beriani. Jadi masjid besar tu, bersedekah pula kenduri ke masjid kita: Masjid Kampung Raja.
Dulu kecil-kecil kaksu dan Laili (adik kaksu), kita jarang ke masjid untuk tarawih. Tidak pernahlah anak cucu perempuan dibenarkan jalan malam walaupun dengan alasan untuk ke masjid. Namun begitu, sesekali tok bawa juga. Tetapi tok selalu 'tak puas hati' sebab kaksu selalu tidak boleh rukuk dengan betul. Ini kerana, kaksu ada masalah tulang belakang sedari kecil. Rukuk kaksu tak pernah sempurna, tak pernah tepat (90 darjah)... tok selalu risau orang ingat tok tak ajar kaksu solat dengan sempurna.
Sehingga sekarang pun, kaksu selalu juga jadi segan bilamana ke masjid orang lihat kaksu rukuk sebegitu. Malah ibu mertuaku pun dok suruh kaksu cuba sehingga boleh, tapi kaksu sudah cuba untuk tempoh sejak dari darjah enam lagi. Tulang kaksu semangnya begitu – kecacatan yang minor. Dahulu sewaktu kaksu hendak isi borang ke universiti, borang apa ke, kaksu jadi serba salah apabila sampai ke ruang sama ada, ada kecacatan ke tak?
Itulah, kerana kita tidak dibenarkan ke masjid (dengan maksud lain, mesti budak-budak tak buat tarawih sampai habis, dan nanti berlari dalam masjid sahaja) kita selalu sahaja terliur dengan cerita nasi beriani malam 27 Ramadan tu. Abang dengan Mamak, bukan main segaklah berpakaian dan bertarawih waktu itu. Sebenarnya tok kaksu ada resipi beriani yang lebih lazat (pada rasa mulut kaksu la), daripada yang para peniaga India-Muslim tu. Tapi biasa la, kalau orang lain buat... kita jadi gedik lebih untuk teringin nak makan juga. Tok kaksu ada resipi briyani dari Rajkot (Gujerat) dari clan kami Limbalya. Kalau turunan itu dikira ikut sebelah ibu, tentu sahaja sekarang kaksu pakai nama Noor Suraya al-Limbalya (chewah). Tapi kerana nasab semestinya mengikut sebelah abah, jadilah kaksu: Noor Suraya al-Saadi... ajaJ
Hmmm, dah lama tak buat briyani (ejaan mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi 4, beriani) seperti tok tetapi diubahsuai cara kaksu dan Enche Housmate.
p/s: teringat cerita tok tentang nasi beriani kambing, yang nasinya berianinya diisi dalam badan kambing tu. Itu resipi tok yang kaksu belum cuba. Kalau setakat membuat beriani seekor kambing - alhamdulillah sudah pernah cuba dulu, sewaktu di Sibu.
Catatan:
Terima kasih untuk jiran sepakat membawa berkat yang beri kaksu daging rusa – dan bolehlah Enche Housemate buat Tagine (bukan 'tajin' tepung ubi kayu yang orang buat gam tu tau, ni sejenis makanan Maghribi) yang sedap (mengikut kata mulut kaksu)
Posted at 02:01 pm by noorsuraya
 |  |  |
Jid September 2, 2009 10:18 AM PDT
kaksu... huhu.. umah jid pun dah kena tag dgn pihak surau Lestari Perdana untuk buat moray on 13hb ni.. Kami 3 org anak dara yang tak pandai masak ni tgh dok fikir idea nak masak apa.. kami ada beberapa idea utk menyelamatkan diri:
1). Kami semua balik kg pada tarikh tu.
2). Beli murtabak kat bazar jer bawa gi surau.
3). Buat-buat lupa...
4). kawtim dgn jiran sebelah. Dia masak dan kami tukang beli polisterin dan isi makanan dalam polisterin jer..
huhu... menghitung hari nak kena buat moray... |
 |

 |  |  |
nawwir September 2, 2009 07:34 AM PDT
hihiiiiii moray...
moray dulu2 tak semewah sekarang. Tapikan kak su, kalau di daerah2 terpencil , moray nya masih dilihat naif berbanding dengan bandar2 besar sekarang. |
 |

 |  |  |
nur August 30, 2009 11:52 AM PDT
Salam..dah lama x merasai nikmat moreh sejak pindah ke kg ni...tringin jgk nk merasa makan2 ramai2 walaupun perut actually masih kenyang...hehehe... |
 |

 |  |  |
nacha August 28, 2009 03:14 PM PDT
Kaksu.. dulu2 moreh kat surau/masjid kat kpg tu selalu jugak menghidangkan menu nasi briyani/ tomato yg enak2. tapi masjid/surau kat rumah saya sekarang ni yg simple je. biasanya, laksa, mihun, bubur atau kuih -muih je. rindunya pd moreh kat kpg tu.
nasi briyani kaksu mmg power. lebih2 lg mkn dn lauk udang galah tu. Irfan mkn sungguh berselera masa raya tahun lalu. sungguh menyelerakan. |
 |

 |  |  |
Kak Ajah August 28, 2009 02:46 PM PDT
tok yang, kalau bisik dlm kelambu kaksu tak dengaq. pakai hailer la :D |
 |

 |  |  |
tok yang August 28, 2009 10:57 AM PDT
moray???? *juling mata*
kaksu mcm bunyi native australi aja kan???
so bila la kaksu nak masak beriani tok yg terekstra sedap tu, kita pun terliur gak nih *bisik dlm kelambu* |
 |

 |  |  |
Nab August 28, 2009 09:58 AM PDT
Baca N3 Kak Su ni jadik terliur pulak..yuhuu.. |
 |

 |  |  |
kak ee August 28, 2009 05:54 AM PDT
ha ha... kita dulu mmg fhm la tok bilal tu minum sikit seblm azan (nanti kering la tekak dia) tapi tak ada lah sampai menuduh... kelakarla kak su ni.. umur brp thn tu? |
 |

 |  |  |
nida August 27, 2009 10:06 PM PDT
salam kaksu... huh! lamanya tak rasa nasi beriani kaksu... sedap betul! Jangan marah, arini mak pun buat nasi beriani juga untuk berbuka... :) Resipi dari Doha. Dah lama betul tak merasa moray di masjid. Kali terakhir kira-kira 16 tahun yang lalu rasanya, di Pusat Islam UiTM, Shah Alam... Dah boleh jadi Hari Ini Dalam Sejarah... hahaha |
 |