Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004



NOOR SURAYA



<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


E-Novel


KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


 
Saturday, August 22, 2009
Anjung Mak Cik Raja - [1]

AIS KETUL

Salam,

 

Selamat melangkah ke bulan penuh berkat. Semoga amalan kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, amin.

 

Melangkah ke bulan Ramadan membuat kaksu teringat pada rumah nenek: 376 – Kampung Raja, Sungai Petani.


No. 376

 

Berpuasa dan berbuka puasa di rumah yang sebegitu ramai penghuninya tentulah tidak sama dengan berpuasa di rumah kaksu sekarang: kaksu dan Enche Housemate. Makan berdua dengan menu yang sedikit – tidak melebihi tiga jenis – supaya tidak ada makanan yang terbazir.  

 

Untuk itu, sempena bulan puasa, kaksu mulakan siri baharu –  Anjung Mak Cik Raja ahaks:

 

Berpuasa pada tahun-tahun tujuh puluhan manakan sama dengan zaman ketika peti ais (boleh dikatakan) ada pada setiap rumah kan?

 

Waktu-waktu petang begini, Abang (abang kaksu, Amir – selamat ulang tahun, 21 Ogos semalam) dan Mamak (bapa saudara kaksu, Harith)... sudah pun lama bertolak ke tempat orang menjual ais batu (orang Kedah panggil, ais ketul sebutan yang sebenarnya, 'aih ketoi'). Kalau terlewat ke sana, maknanya kemungkinan kita berbuka tanpa air ais. Bayangkan kawasan terbuka seluas bilik kecil di rumah kita itu, penuh dengan timbunan ais yang tersembunyi dalam habuk kayu gergaji itu harus menampung bekalan ais untuk seluruh kampung nenek kaksu tu. Si penjualnya ala-ala adventerous la pula kena 'meraba' cari ais yang tersembunyi di bawah serbuk kayu gergaji tu.

Seketul ais batu, dipotong persegi seperti batu-bata untuk buat rumah tu baru sahaja sekupang, dua kupang sahaja. (Opps, kupang = sen)

 

Seperti yang kaksu nyatakan tadi, ais yang dipotong persegi itu, dikambus dalam habuk mesin kayu... untuk mengelaknya daripada cair. Apabila kita beli ais tu, si penjual akan membiarkan sedikit habuk-habuk kayu tu untuk menutupi keseluruhan badan ais ketul, kemudian membungkusnya dalam kertas coklat dan mengikatnya dengan tali. Tali tu pun unik ala-ala mengkuang tak mengkuang. Jadi Mamak atau Abang akan membawa ais tu balik, di belakang basikal mereka.

 

Tempat menjual ais tu sebenarnya dekat aja dengan rumah nenek kaksu, boleh pergi jalan kaki pun... terletak lepas Masjid Kampung Raja – sekarang tempatnya antara kedai minyak, BP dan Petronas tu. Tetapi siapa nak bawa ais jalan kaki, panas-panas petang yang masih muda, bisa membuat ais itu cair. Aduhai nostalgianya.

 

Kalau sampai di rumah, ais ketul tu dibersihkan... buang habuk kayu tu, kemudian dimasukkan dalam pelas yang warna petak-petak (oren-merah-hitam) ala-ala skirt (kilt) orang Scotland . Pelas tu orang-orang sebelah utara beli dari Padang Besar (Perlis) la gamaknya. Setiap rumah mesti ada. Sebuah untuk diisi dengan ais, sebuah untuk diisi dengan nasi panas. Jadi pelas ini tidak boleh bercampur, nanti tahap suhunya akan berkurangan... tidak power lagi. Kalau dah awal diisi dengan nasi, jangan pandai-pandai nak isi dengan ais ketul pula. 

 

Jadi nantinya, Cik Yah, Mak Su Ti (emak saudara kaksu) atau Mamak (selepas Pak Lang berkahwin dan tidak tinggal sekali lagi) akan buat air apa-apa yang sedap untuk berbuka puasa. Biasanya Nenek Lat (nenek saudara lelaki, Abdul Manaf – kita sepatutnya panggil arwah Nenek Nap, tetapi kita panggil dia Nenek Lat sebab dia suka beli cicit-cicit saudaranya, coklat) suka beli aiskrim soda untuk menambah perisa dalam air jus tu. Jadi kita selalu sahaja menikmati jus, tembikai, cucumber cincau yang ditambah aiskrim soda. Waktu itu belimbing besi masih belum ada harganya. Belimbing depan rumah nenek kaksu tu, kita buat basuh ikan -- untuk buang hanyir ikan, atau biar sapi-sapi yang sesat makan sahaja. 

 

Aiskrim soda?

Orang utara panggil air menet aja.  Perkataan menet tu asalnya daripada lemoned mengikut kajian kaksu la. Jangan pertikai kaksu ya, sebab kaksu ni... ada sarjana dalam bidang linguistik ahaks.

 

Tahu tak, air menet masih dijual di Kedah dan Kelantan... kalau balik kampung kaksu atau kampung Enche Housemate, selalu sahaja 'kita' membelinya, tanpa membuang kenyataan yang air menet mengandungi gula sakarin. Ahaks.

Okey, itu sahaja siri pengenalan Anjung Mak Cik Raja. Rindunya suatu waktu dulu. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, dan juga dosa-dosa mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita. Amin.

Selamat menunaikan solat sunat tarawih, jangan lupa ya ejaan yang betul ialah tarawih. Dulu kita selalu mengeja sebagai 'terawih' ... tetapi sewaktu kaksu belajar di sekolah rendah dahulu kaksu selalu sahaja tersilap eja 'tarawih' dengan 'tawarikh'. Tawarikh tu ialah nama lama untuk subjek Sejarah.

 

Tiba-tiba teringat kuih lopes arwah tok la. Tiba-tiba teringat bergedel ikan arwah emak yang sedap. Tiba-tiba hati jadi sebak mengingatkan mereka yang telah pergi dahulu. Al-Fatihah.

____
Selamat Ulang Tahun untuk anak-anak Bulan Ogos :p Terima kasih untuk yang sudi mengucapkan 'selamat' untuk kaksu, jua kado-kadonya. Masih ada yang sayang, rupanya. Kakmon - cupcakes Siti Muslihat siap dan wasalam sudah ahaks.

Posted at 04:44 pm by noorsuraya

kuzee
September 18, 2009   11:53 PM PDT
 
wah... nostalgiknya...

teringat zaman kecik-kecik dulu...
kLavu
August 24, 2009   07:16 PM PDT
 
*duduk tongkat dagu dengan senyum ke telinga* wah syahdu nye zaman kaksu dolu2 kan (hahaha tamo sebut apa2 takut orang tau umur kLavu baya siapa) hahaha
kaksu
August 24, 2009   01:47 PM PDT
 
kak ee,
dekat belh Sg Limau, Kedah pun ada... kaksu penah beli.

nacha,
bestnya kalau benda yang kita 'share' ada orang tahu juga, apakah ini bermakna... umurmu tidak sebegitu jauh dengan kaksu *perasan awet muda*

kakmon,
wah, pelas scotish tu seantero Nusantara bergeraknya. kakmon... good idea boleh je cuba buat biskut sarang semut

kakmon,
ada kita tangkap gambar tu - cik ajah tangkap, tapi kita malu nak tunjuk - teruk sangat jadinya ahaks... sentuhan kecundang... :D
kakmOn
August 24, 2009   01:36 PM PDT
 
lupa lak, awat tak tangkap kapkek siti muslihat tu.. musti dah jd kapkek Musmuliayadi kan?? :D
kakmOn
August 24, 2009   01:34 PM PDT
 
wah banyaknya kosa kata baru cikgu Soraya..

Pelas warna skirt scotland tu memang nostalgik gilos *gelak2 guling2" kakmOn pong ada memori lucu, pecahkan pelas nenek scotish itu..

tengah pk nenek Lat kaksu.. buat punch mengalahkan jamie oliver.. pasti dia lebih gedeban kan???

skang tingat lak semekut sarang semut arwah mak yg dicampur soda, sungguh sedap ringan dan cair dilidah (~;~)
nacha
August 24, 2009   08:24 AM PDT
 
kaksu wat saya rindu pada kenangan lalu. dolu2 sy pun pernah beli air batu yg ada serbuk kayu tu. hehehe...

smlm baru mkn kuih lopes tu. tu kuih fevret Irfan sebenarnya. :)
kak ee
August 23, 2009   08:28 AM PDT
 
nak air lemened...betul la kak su, kat kelantan ada lagi air ni...
Mak Cik Raja
August 22, 2009   05:40 PM PDT
 
Kak Ajah,
Bukan main kan orang kampung kita buat kajian fasal teori penghabluran/pencairan... takat beku segala bagai kan? R&D ada di mana-mana ahaks.
Kak Ajah
August 22, 2009   04:54 PM PDT
 
Tahun lepas kita dah tak boleh beli dah ais ketul (kita panggil air batu) yang bersalut habuk kayu masa raya. Dah tak ada org jual. Sedihnya.

Selamat menjalani ibadah puasa.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry