Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004

NYANYIANMU


<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


E-Novel


KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






 
Wednesday, August 06, 2008
Biar Lambat Asalkan Selamat?


Selasa, 5 Ogos 2008

Catatan:
Inilah abstrak kepada disertasi yang kaksu pertaruhkan untuk ijazah sarjana linguistik.


PERUBAHAN BAHASA DALAM WARKAH DIRAJA MELAYU:

SUATU KAJIAN MENGENAI SURAT-SURAT KEPADA GABENOR DALAM TAHUN 1786-1794 DAN 1886-1894

 

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat pola perubahan bahasa penulisan diraja Melayu di Malaysia dalam aspek perbendaharaan kata. Tempoh masa yang diambil sebagai perbandingan dalam kajian ini ialah seratus tahun. Sehubungan itu, kajian ini akan membandingkan koleksi surat-surat simpanan Sir Francis Light dengan koleksi surat-surat daripada Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Kesemua 12 surat yang dipilih daripada koleksi kumpulan surat 1786-1794 dan 1886-1894 adalah ditulis oleh Raja-Raja Melayu kepada Gabenor Inggeris dan Siam. Data-data dalam kajian kualitatif ini telah ditransliterasikan ke aksara Rumi daripada tulisan Jawi. Kajian ini secara tidak langsung akan membandingkan perubahan perbendaharaan kata dalam bahasa penulisan diraja pada penghujung abad ke-18 dengan abad ke-19. Kesamaan bentuk atau bahasa atau gaya penulisan surat-surat raja antara Negeri-Negeri Melayu pada tahun-tahun tersebut disatukan di bawah panduan menulis surat diraja yang dikenali sebagai 'kitab terasul' sebagai rujukan kepada jurutulis diraja. Kajian ini akan membuktikan bahawa perubahan bahasa pada surat-surat diraja bergerak dengan kadar yang perlahan kerana sultan atau raja akan mengekalkan keperkasaan bahasa dan kedaulatan baginda melalui bahasa penulisannya. Selain itu, wujudnya pertukaran kod (code-switching) dan percampuran kod (code-mixing) dalam bahasa penulisan diraja apabila wujudnya tekanan politik. Bagaimanapun perubahan ini bersifat sementara sahaja kerana raja akan menulis dalam 'bahasanya' semula mengikut hierarki kedaulatan baginda dalam 'takhtanya' apabila baginda menulis kepada rakan sejawat yang lebih 'akrab' dan yang lebih disenanginya tanpa tekanan. Kajian ini akan melihat perubahan perbendaharaan kata melalui tiga struktur iaitu dalam 'pembuka surat', 'isi surat' dan 'penutup surat'. 


Nota: Dari 16 orang tu, nama kaksu di no. 7....
_________
Anekdot:

1. Inilah jubah untuk Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM. Tapi apabila kaksu pakai jadi tak shantek :(


2. Terima kasih kepada yang sudi datang memeriahkan 'hari kaksu'. Terima kasih untuk teman-teman yang mengirim ucap selamat lewat SMS, menelefon, kad dan juga e-mel. Juga kiriman tanda mata, jambangan bunga (dan ruang depan rumah kaksu sudah jadi kebun bunga Putri Dahlia dah). Tak sangka ya, yang kaksu ni disayangi sebegitu, terharunya.

3. Kaksu belum ada ruang untuk update lagi, tunggu ya


Kak Yah, Wan dan Wabbit tadinya sedang 'racun' kaksu supaya buat PhD, dengan alasan yang paling tidak munasabah: "Nak pakai beret yang shomel tu." 
Yang membelakangkan kamera, Dinda Nawwir & Dinda Notei... dan Inche housemate kaksu. Di belakang kaksu, Mak Su Ti yang sentiasa sahaja support kaksu sejak dulu.

Dan jurukamera waktu ini, Kakak. Gambar-gambar diculik dari tempat Wan dan Wabbit :)

Posted at 01:21 am by noorsuraya

Posted by ainunl.muaiyanah @ 08/16/2008 05:39 PM PDT
Kaksu, cemburunya dah grad, hari tu filzah ada kata kaksu ajak dia pi majlis graduasi.. huhu.. tahniah kaksu
Posted by Dyea @ 08/15/2008 12:58 PM PDT
Kak Su, tahniah!
Errr...x terlambat sangat kn.. ;)
Posted by rozlin @ 08/14/2008 02:38 PM PDT
kaksu..........congratulation.....
Posted by qaseh @ 08/11/2008 05:39 PM PDT
Salam Kak Su..."HAPPY BELATED BIRTHDAY" ya:)
Semoga selalu dlm perlindungan Nya. Amin...
Posted by kakmOn @ 08/10/2008 05:25 PM PDT
HEPI BESDEY TO U..
HEPI BESDEY TO U..
HEPI BESDEY TO U..

tahniah kanda
Posted by rnysa @ 08/08/2008 07:40 PM PDT
kak su... tahniah!!!
moga terus sukses ya!

Dr.Noor Suraya... cambest jek...
Posted by lia @ 08/08/2008 12:41 PM PDT
tahniah kaksuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!
Posted by yatizain @ 08/08/2008 09:14 AM PDT
kak su
congratulationssss......muahs..muahs
Posted by kmas @ 08/08/2008 08:26 AM PDT
Salam kak Su, Tahniah
Posted by sarah @ 08/07/2008 02:25 PM PDT
salam kak su,
tahniah!!
Posted by qaseh @ 08/07/2008 02:17 PM PDT
Salam Kak Su...TAHNIAH!...:)
Posted by notie @ 08/07/2008 08:26 AM PDT
kaksu... hantaq form ye... kita org sokong dari belakang 200 persen. hehehe Insyallah mudahan semuga satu hari nanti kak su bergelar Dr Noor suraya (cakap banyak kali mudahan makbul) boleh le tumpang melaram lagi hahaha
Posted by AKuP @ 08/07/2008 08:20 AM PDT
KakSu..jid sokong cadangan kakyah n kak wabbit n kakwan tu.. comel tu pakai topi beret tu...

Nak la tgk gambar kaksu pakai jubah cun tuh.... :D
Posted by AKuP @ 08/07/2008 08:19 AM PDT
KakSu.. TAHNIAH!!!!

Sorry dtg umah kaksu maghrib2..hihihihi....
Posted by kaksu @ 08/06/2008 08:10 PM PDT
khai_nisa,
terima kasih :)

ezan,
tq tq :D

wan dan nawwir,
hihihi nanti kaksu tanya kalau depa jual beret sahaja hahaha
masih sedang fikir nak buat ke tak ni? apa-apa pun tq untuk semangat itu.

angahsu
:D ameen ameen

iejay,
terima kasih :)

ahada,
go ahada go :) dah tak lama tu, insya-Allah

akak,
terima kasih ya :)
Posted by akak @ 08/06/2008 07:26 PM PDT
kak su,
Tahniah!
Posted by aHaDa @ 08/06/2008 06:15 PM PDT
Kaksu Tahniah!!!
Moga lepas ni terus register ke PhD ya...
Tengok Kaksu dah gengam ijazah sarjana hati lagi kuat nak habis cepat...
=)
Posted by iejay @ 08/06/2008 04:50 PM PDT
Kak su... Tahniah...

Posted by nacha @ 08/06/2008 03:49 PM PDT
a'a la kaksu. sy pun nak tumpang semangkok pakai beret tu. cheq teringin nak sebut nama kaksu sbg Dr. Noor Suraya plak lps ni.
Posted by angahsu @ 08/06/2008 03:24 PM PDT
kak su..tahniah...amik phd plak lps ni..
Posted by nawwir @ 08/06/2008 01:31 PM PDT
Kak su,
beret... nawwir nak pakai gak. *berbaris belakang wan*
Kak su tq kerana sudi beri peluang untuk kami sama2 meraikan nya.
TQVM.
Posted by wan @ 08/06/2008 11:35 AM PDT
hehehe kaksu... dah isi borang?? :P isi tau!! jadi ada la peluang kami nak merasa pakai beret hehehe
Posted by ezan @ 08/06/2008 11:16 AM PDT
salam,

kak su tahniah...:)
Posted by khai_nisa @ 08/06/2008 08:58 AM PDT
Kak Su, tahniah. mmmuaaah... ;-)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry