Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004

NYANYIANMU


<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


E-Novel


KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






 
Friday, July 25, 2008
Kedai Buku Terpakai di Palasari

Macam mana hati tidak terpaut, tatkala bermeter-meter (atau berpuluh? meter) panjangnya Jalan Palasari ini dipenuhi dengan buku-buku terpakai, antik dan unik.


Bunga dengan kaksu... (yang terpaksa disembunyikan) 

Jangan cemburu, apabila kaksu dapat membeli buku idaman ini, (padahal niat sebenar hendak beli buku yang lain):

1. Puisi Lama
Sekumpulan puisi yang dikumpulkan oleh S.Takdir Alisjahbana dalam tahun 1948. Buku ini dterbitkan pada tahun 1952. Untuk membaca buku yang ketika itu masih lagi terpengaruh dengan bahasa dan fonetik Belanda, nampaknya kaksu perlu tutor khas yang pakar dari Brunei Darussalam, tak begitu, KakMon?

PENDAHULUAN TJETAKAN KEDUA
... Karena banjak karangan2 lain jang mesti didahulukan... edjaan Semenandjung. Untuk memudahkan membatja kata2 jang... terima kasih saja utjapkan...


- itulah pentinganya persepakatan bahasa tahun 1972, antara Indonesia - Malaysia, kan? Uwaaaa, kalau tak sukarnya membaca Andre Hirata, Pram, Kurnia Effendi... dan banyak lagi.

2. Habis Gelap Terbitlah Terang 
Buku ini tulisan R.A. Kartini, terbitan PN Balai Pustaka. Buku yang diterjemahkan oleh Armijn Pane ini, asalnya dicetak dalam tahun 1938 lagi. Bagaimanapun buku yang kaksu dapat beli ni, hasil cetakan ke-10 (1983).
Oh ya, Armijn Pane ni adalah datuk kepada penulis kesukaan Wan dan PinkJambu iaitu, Andrea Aksana. Ibu Andrea Aksana ni juga penulis tau, ingat tak Nina Pane (oppss bukan Nina Suria ya, Nina Suria tu pembuat kuih terulung di rantau Asean. Dia juga memiliki buku masakan, Bagas Tangan Bu Apsah.)

Buku R.A (baca, Raden Ajeng) Kartini, rasanya ditulis dalam bahasa Jawa (sebab itu diterjemahkan). Kemudian Pramoedya Ananta Toer juga menulis biografi tentang Raden Adjeng Kartini iaitu, Panggil Aku Kartini Saja... maknanya, Kartini mungkin tidak senang mengunakan title nigratnya, Raden Adjeng. Pak Pram mengagumi Kartini.

Dan cetusan dari itulah, (hasil jalan-jalan ke Bandung ini) novel baharu kaksu mendapat judulnya dan akan diseru dengan tajuk: Panggil Aku Dahlia.


Insya-Allah,
ini sampul novel akan datang kaksu :)


Ya lah, di Jemari Seni Publishing, kita tidak menggalakkan penulis menggunakan tajuk besar yang ada kata: cinta, kasih, sayang, kekasih... opss, apa lagi satu ya? Bagaimanapun untuk tajuk-tajuk bagi setiap bab bebas.

Yang jelasnya, judul asal Panggil Aku Dahlia ini ialah Kalimah Cinta. Mulanya hendak guna judul Namanya Dahlia. Kemudian teringat Syud juga menggunakan judul, Namanya Teja Aulia... untuk e-novelnya. Eh, kalau Syud ingin menjadikannya sebagai novel bagaimana? (Syud, kaksu ni ala-ala nak suruh siapkan Namanya Teja Aulia aje kan?)

3. Atheis
Penulisnya Achdiat K. Mihardja. Buku ini diterbitkan dalam tahun 1949, tetapi kaksu dapat membeli yang cetakan ke-11 (1990) sahaja. Sudah lama hendak ulang baca novel ini, kaksu baca novel ini pada usia yang sangat muda. Buku ini dulunya kalau tak salah milik bapa-bapa saudara @ ibu-ibu saudara kaksu yang belajar tingkatan enam. Membaca waktu itu, dengan fikiran yang tidak matang, tentulah berbeza sekiranya membaca pada waktu yang sudah sore ini.

Buku Habis Gelap Terbitlah Terang dan Atheis tu ada diskaun sedikit sahaja, tetapi Puisi Lama tu telah dianggap buku antik dan dijual agak mahal sedikit. Betullah antik, nak buka helaiannya pun tertakut-takut sebab kertasnya dah rapuh sikit.

Buku-buku lain, yang dibeli taklah seantik ini... :)
(Catatan: Yah, lomba baca buku kita sudah masuk pusingan ke berapa, ya? Nampaknya Wan masuk pusingan akhir juga ke? Nacha dan Wabbit bagaimana?)


Pemotret: Wabbit
Untuk mengindahkan latar, ada subjek yang terpaksa disembunyikan sekali lagi!

Terima kasih Bunga dan Wabbit yang sudi temankan. Terima kasih Wabbit dan Lia yang telah merasuk kita orang untuk singgah di sini sejak semalamnya. Terima kasih Imgar yang beri arah jalan, dan terima kasih A'a Tian yang jumpa jalan ini.

Sampai sekarang, masih teringat nak pergi ke Jalan Palasari. Ada banyak buku lama hendak dibeli, hari itu rupiahnya sudah hampir habis. Sesiapa yang ingin ke Bandung, jangan lupa catatkan Palasari sebagai destinasi membeli buku yang 'wajib'.

Kaksu jadi teringat kepada Penang suatu waktu dulu. Abang kaksu akan ke Jalan MacAlister untuk membeli buku-buku terpakai (sama ada buku teks atau buku rujukan), setiap kali tahun baru dibuka, untuk dia dan kaksu.

Dulu-dulu, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) tidak begitu adil. Kaksu ingat lagi, kaksu dan abang dan adik-adik kaksu kena beli buku teks kerana gaji abah waktu itu melebihi 1*** ringgit. Padahal, kita orang ada sepuluh beradik. Kenapa ya, purata ke nisbah agihan pendapatan itu tidak diambik kira, ya?

_____
NOTA:
1. Ada tak sesiapa yang telah cemburu dengan tiga buah buku kaksu ini? Kata housemate kaksu, tak ada siapa yang akan cemburu pun :( Betulkah begitu?
2. Kami ke Palasari hendak cari buku Ike Soepomo, Kabut Sutra Ungu. Dan kaksu ada dua tiga buah buku lagi yang hendak dicari, dan sebuahnya tentulah kiriman heroine kita Cik Notei (yang nak cerita tentang Angreani, iaitu novel Cintaku Bersemi di Asrama Putri - dulu-dulu cerita ni pernah jadi novel bersiri dalam
Utusan Malaysia.)
3. Bila la cerita fasal Indonesia ni nak habis? Orang pergi ke angkasa pun cool aja, kita yang pergi dekat tu tak habis-habis bercerita. Malu kan? Tetapi kaksu masih ada selusin cerita. Macam mana ni?

Posted at 01:11 am by noorsuraya

Posted by musafir @ 08/13/2008 12:41 PM PDT
salam,kaksu..
nak ty, kaksu ckp, pengarang jemari seni x leh guna tajuk novel drg berkaitan cinta..
tapi, kenapa cerita tetap juga berkonsepkan cinta..cuma tajuk je la..x de kelainan..we are blinded by the title..huhuhuhu
Posted by saya @ 08/05/2008 09:38 PM PDT
Tulis aja kisah2 tu dalam novel terbaru kak su. wah, seronoknya jalan2 cari buku ni ye...
Posted by Bunga @ 08/04/2008 03:39 PM PDT
Lara... wah itu seperti bunga, sekejap ada sekejap hilang :-D
tapi yg penting.. Insya Allah bunga akan senantiasa ada utk temani siapa2 sj yg nak datang ke jakarta ;-)
Posted by ruby @ 07/31/2008 01:38 PM PDT
kesiannya dekat gambar tu kena potong2 mcm tu... kan pink...kan pink...kan. *minta rokok daun dengan pink*
Posted by lara @ 07/30/2008 08:09 PM PDT
biarlah org dah ke angakasa lepas sekali pun kaksu, tapi kite lagi suka baca kisah perjalanan kaksu & the gang ke bandung nih, seronok! lagi2 tengok gambar penulis blog tu yg sekejap ada sekejap takde :)
Posted by wanAmalyn @ 07/29/2008 04:17 PM PDT
kaksu...

bila dah balik... bila kaksu mula berhikayat pasal *Palasari*... hati mula jadi ralat... kenapalah hari tu wan tak turun dari van Aa' tian dan ikut kaksu menyelusuri kedai buku tersebut...??? :'( tp wan masih dapat 1 buku dari kedai di situ -> Cinta Berkalang Noda yay!!!

kaksu... Andrea Aksana sudah lama tak berkarya... atau wan yang tak update?? nak kena tanya bunga nih..!! dah rindu nak bc karya cucu Armijn Pane nih ;)

Insyallah tahun depan wan akan usahakan jugak ke sana...!! :)
Posted by syud @ 07/29/2008 03:46 PM PDT
*dtg sebab mcm ada org panggil*

hehehe kak su... alamatnya kena memerah otak dah ni.. boss dah sebut2..

:P
Posted by kakmOn @ 07/29/2008 02:45 PM PDT
memang cemburu lho :(

kaksu buat kakmOn malu aje *tutup muka celak limpuluhsen ngan kerudung siti noerbaja*
Posted by suhaili @ 07/28/2008 11:25 PM PDT
salam kak su.wah,,xsbrnye nk tggu novel br kak su..bile nk kuar?bulan sept ke?
kak,maafla..sy mmg xpnh dgr tjuk2 bk yg akk beli 2.sy ni baca novel je.bk2 klasik x baca sbb xde galakkan=(..xsgka akk ni fanatil bk ya.smp ke indonesia plak 2.mak ai..ni yg t'cabar ni.sbb sy nk sgt pegi pesta bk selangor di shah alam tp xde kwn.sy akn usaha jgk utk ke sana.doakn sy ya =).nk jmp k.su yg peramah ni.terharu sgt masa k.su tgur sy d bookfair KL 08..
Posted by Bunga @ 07/28/2008 05:22 PM PDT
Waaa.. dimana kakSu sembunyi ni? sembunyi dekat tumpukan buku mana?

memang seronok ke palasari..
hmm.. rasa2nya di jogja pun ada kedai2 buku macam tu kak... *biar semangat pergi ke jogja :-D*

btw, moga novel baru kakSu akan berjaya.. :-)
Posted by k ee @ 07/28/2008 03:40 PM PDT
jelesnya... kita pegi bandung tak tau pun pasal jalan ni :( Rasanya pasar senin kat jakarta (jual buku lama gak) tak sebesar ini... jeles jeles
Posted by nawwir @ 07/28/2008 01:01 PM PDT
kak su,
saya sih cemburu banget. dah tentu buku2 tur bahasanya indah-indah sekali. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Posted by nacha @ 07/28/2008 11:42 AM PDT
hehehe... sy pun takde la cemburu tgk buku kaksu yg byk tu. tapi susah hati gak la bila pikir camne kaksu nak angkut buku2 tu bwk balik M'sia.

kaksu, nape nak malu plak? citer2 kaksu sentiasa dinanti2. berlusin2 pun tak akan jemu punya. citer2 kaksu sume nyer menghiburkan.

kalo kaksu perlukan org utk membakar semangat Syud bg 'perderaihkan' wat citer Aulia bg tau sy ya. i'm always ready utk mengapi2kan dia. hehehe... *jeling2 kat Syud*
Posted by pinkJambu @ 07/26/2008 10:16 PM PDT
ada ke patut, gambaq tu dia potong camtu..ada ka patut buat lagu tuuu..ish,ish,ishh *geleng2 paler sambil gulung rokok daun* mmg tak patutt... ish,ish,ish

tapi tobat kami jeles, kaksue p cari buku! huwaaaaaaa
Posted by ainunl.muaiyanah @ 07/26/2008 12:55 PM PDT
kaksu, cemburunya pi kedai buku terpakai. hari tu ada wat practical kat penang dan pi kedai buku terpakai kat chowrasta.. wah itupun sudah gila buku tapi kalau pergi indonesia saya rasa saya pengsan buku kot.. hu huhu
Posted by notie @ 07/25/2008 07:56 AM PDT
Kaksu.... ampun kene kerah mencari, novel tu kan citer lama time budak2 dolu... hohoho ampun sih menyusahkan aje.

kak su selusin citer ke 4 lusin citer ke semuanya best bila kaksu berkicau. Terasa enaknya halwa tinge dan perasaan bagaikan turut sama berada di sana.

Tgk kedai buku bersusun mcm tu saya rasa nak berkampung seminggu kat situ.... kaksu nanti kita buat le projek berkampung kat situ plak da.... syioknya tidur buku makan buku minum buku semuanya buku hehehehehe
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry