
Kata Endah beberapa hari sebelum kaksu (kami) berangkat lewat YM, "Kirimi foto, aku kan tidak kenal wajah kamu." Lebih kurang begitulah. Hihi, sampai sudah kaksu tak kirim. Walaupun kami sudah kenal beberapa tahun lewat maya, tapi kaksu tidak pernah kirim gambar.
Kaksu balas YM dia dengan memberi tip: Endah, aku gemuk sekali... seperti paus biru!
Tapi kaksu sudah hafal wajah Endah sejak dulu lagi. Dia ala-ala Wabbit, walaupun tidak serupa. Lalu melalui telefon semalam kaksu sudah kata, aku pakai baju ungu. "Kamu pakai kerudung kan, Noor?" tanya dia lagi.
"Ya, tudung aku ungu juga!!!
Jakarta 2 Julai 2008
Sejak malam lagi, setelah sampai di apartmen, dan kemudian mandi serta solat, kaksu dah telefon Endah; dan janji temu kami ialah sebaik sahaja Pesta Buku dibuka, kita akan jumpa Endah di booth 'Mizan'. Melihat senarai yang hendak dibeli, kaksu rasa kaksu mesti bawa beg beroda. Kebanyakan buku-buku yang hendak dibeli hanyalah kiriman 'housemate' dan, yang lebih membahagiakan sebahagian besar kiriman dia itu menjadi bahan bacaan yang dapat kami kongsi bersama, terutamanya kalau buku-buku itu karya Pak Pram. Kami menyukai Pramoedya Ananta Toer.
Sementara untuk diri sendiri, kaksu tetap ingin mencari, Kabut Sutra Ungu, Doktor Haslinda (Rivai Marlaut) dan Surat Bersampul Kelabu (Maria A. Sardjono). Selain itu sebuah buku terjemahan, Snowflower. Buku terjemahan daripada bahasa Cina ini, kaksu baca resensinya di tempat www.perca.blogdrive.com. Endah memang pandai aja menggoda kaksu dengan buku-buku terjemahan, daripada pelbagai bahasa.
Em juga sudah ada senarai panjang, 'kiriman' diri sendiri dan kiriman teman-teman yang ditinggalkan tu. Selain itu, kita juga rancang nak belikan buku sebagai token untuk penulis JS (khususnya, oleh-oleh cum hadiah hari jadi). Wah, tak sabarnya menunggu esok, nak jumpa Endah dan nak lihat serta beli buku. Khususnya, buku-buku lama yang sukar dicari di Malaysia.

Jakarta tak pernah tidur kata Bunga, lalu bilamana kami ke Jakarta pun, kami tak dapat tidur. Hotel (apartmen, sebenarnya) yang ditempah Bunga ternyata sangat selesa. Dan sepatutnya kami dapat tidur dengan nyenyak... apatah lagi perjalanan jauh yang bermula sejak jam tujuh siang tadi, sudah tentu kami sepatutnya dilesukan habis-habisan. Tapi kami tidak boleh tidur. Gembirakah atau rindukah? Wan, jaga aja hati tidak menelefon Asya, takut anaknya nangis. Nyonya Nacha sudah pun telefon cakap dengan Melur dan Pekan di rumah. KakNoor, Em dan Kaksu dah tinggal mesej... kata sudah selamat tiba. Syud? Tak tau lah kat orang muda tu. Ahaks. Dia jadi budak nakal asyik usik kami aja, menjenguk dan juri tak bertauliah Lomba Baca Buku Cerita antara bilik sahaja.
Tapi waktu yang berubah membuat kami jadi macam tak tentu hala. Apabila malam, kaksu dan KakNoor asyik kawad aja dalam apartmen dua bilik tu, sebab tak reti nak tidur nak mula macam mana. Apatah lagi kebiasaan kaksu yang memang tidur lewat ini.
Tengoklah jadual solat ni:
Subuh - 4:40 am, Syuruk - 6:58 am, Zuhur - 11:53 am, Asar - 3:15 pm, Maghrib – 5:45 pm, Isyak – 6:58 pm
(Dan jangan lupa ya, waktu Indonesia ini awal sejam dari Malaysia)
Lalu masa yang terluang, seperti yang kaksu katakan tadi, kami habiskan dengan Lomba Baca Buku Cerita tak mengira waktu, dan pada sehingga waktu pulang ke Malaysia, kaksu cuma sempat habiskan dua buah buku penulis kesukaan kaksu (waktu zaman universiti la), Maria A. Sardjono. Buku-buku tu, Em dan Wan beli di Pesta Buku Jakarta. Manakala Manikam Kalbu, yang kaksu bawa dari Malaysia kaksu simpan kembali ke dalam tas. Kami memilih membaca buku-buku Indon, supaya dapat merasai suasananya sendiri. Hah, dan apa yang kaksu baca tu, memanglah bacaan ringan... dengan plot yang tidak kompleks. Sengaja kaksu memilih bacaan begitu, agar dalam masa yang sama kita dapat menghayati Indonesia semahunya. Kerana karyanya tidak perlu berfikir banyak, walaupun sarat dengan emosi.
Yang membuat kaksu menyenangi karangan Maria A. Sardjono ialah kemampuannya memasukan unsur-unsur budaya bahasa dalam karyanya. Segala ada dalam tulisannya, terutamanya peribahasa dan bahasa-bahasa indah. Dan sesekali dia akan menonjolkan keakrabannya dengan budaya Sunda, Jawa, Solo serta dengan latar cerita di Jogja yang memikat kaksu. Dan kaksu pernah juga mengakui ketika wawancara dengan Berita Harian, beberapa tahun dahulu, kaksu sangat dipengaruhi oleh kedua-dua penulis - Maria & Marga - ini, sewaktu mula-mula menulis secara serius.
Hihihi, kemudian kaksu juga berjaya racun Em, Nacha dan juga Wan untuk saling membaca. Em sudah mula membaca Maria A. Sardjono, sejak dari Malaysia lagi. Pernah kaksu beritahu Endah, selain Pram, kaksu suka membaca karya Maria dan Marga T.
Tetapi Endah pernah berkata, "Noor, Maria A. Sardjono dan Marga T., sudah aku tinggalkan sewaktu bangku sekolah lagi." Hahaha, aku tidak kira Endah, aku jenis baca apa sahaja yang aku suka. Dan tatkala aku sedang diracun oleh Endah, untuk membeli Ayu Utami (ada tawaran istimewa), kaksu cepat-cepat berkata, "tidak". Kenapa tidak, Endah tidak pernah lelah untuk menghasut sehingga waktu kami membeli buku berakhir. Malah diceritakan keengganan kaksu membeli Ayu Utami pada Pak Kris (CEO Bentang). Ya, kalau kaksu suka baca apa sahaja, kenapa tidak Ayu Utami.
Ayu Utami, alahai... walaupun kaksu membaca apa sahaja yang kaksu suka, tetapi tidak Ayu Utami, penulis kontroversi itu! Kata Endah, kalau sudah kahwin tak apa-apakan membacanya. Endah!!!
Dan, Endah cuba menghasut Em untuk membelinya. Mujurlah kaksu sudah update Em, bagaimana buku Ayu Utami itu, melalui resensi buku yang pernah kaksu baca. Dan semasa karya kaksu Nyanyian Tanjung Sepi dibedah di Universiti Sains Malaysia, pada tahun 2006. seorang pensyarah bahasa Inggeris mencadangkan kaksu menulis seperti Ayu Utami. Kerana itulah, kaksu tahu bagaimananya karya penulis yang juga pelakon terkenal itu.
"Penulisannya... Indonesia bentuk baru, Noor." Pujuk Endah lagi, kalau kau ingin tahu bagaimana pemikiran baru penulisan, kau harus baca. Lebih kurang begitulah. Ceritanya, sarat dengan mistik, erot*** dan macam-macam ada. Pendekatan baru. Malah dengan bantuan Rita, dia menghasut kaksu lagi. Kaksu tahu, Endah sekadar mengusik. Apa-apa pun, terima kasih Endah kerana begitu banyak buku yang kau bantu aku pilih. Ya, sudah lama ingin membaca Ahmad Tohari. Sudah lama kepingin membaca cerita Roro Mendut, walaupun harganya kompilasi tiga buah buku itu hampir 90,000 rupiah, kaksu beli juga. Tapi ya la kalau sup bontot (sup ekor) 52000 rupiah di Kampung Daun, tentulah lebih murahnya harga novel latar Mataram/Majapahit tu kan?
Beratnya mak datuk... 21 buah buku, tidak termasuk kiriman orang. Itu tidak termasuk buku-buku hadiah daripada Kurnia Effendi dan Pak Kris. Itu tidak termasuk buku-buku yang dibeli di Palasari. Buku terpakai kawasan yang sangat popular di Bandung itu yang membuat kaksu ingin ke Bandung sekali lagi. Dan tidak hairan la, kaksu kemudiannya diberi tanggungjawab sebagai 'duta' minta dikurangkan cukai eksais di depan kaunter pemeriksaan tu. Puas dah tunjuk muka lima sen, sepuluh sen, dua puluh sen, lima puluh sen apalagi seringgit. Mas Tri tak layan. Tidak boleh dikurangi, biarpun serupiah, Ibu. Tegasnya: "Ibu, satu juta tiga ratus sembilan puluh lima ribu! (1395000 rupiah)."
Adusss. Sudah jatuh ditimpa tangga, masa membeli bukannya tak ingat dunia. Kerana kaksu memang sudah ukur baju di badan sendiri. Tetapi kaksu tahu, kaksu boleh aja tahan hati membeli belah di tempat lain nantinya. Syukur, kaksu tidak jadi rambang mata tatkala di Tanah Abang (Jakarta), apatah lagi di Pasar Baru (Bandung), tetapi kaksu tetap jadi rambang mata di Pesta Buku Jakarta itu. Mana tidaknya, buku Pram yang kat Malaysia (Kompleks Wilayah) menjangkau sampai 60-70 ringgit, hanya dijual dengan harga +-RM25, sahaja. Mana kaksu tidak borong, tujuh lapan buku Pak Pram. Apatah lagi sewaktu datang itu, kami singgah ke Pesta Buku dahulu. Waktu itu, duit puluh-puluh ribu-ribu rupiah masih keras bau bank berikat dengan getah gelang lagi....

- kaksu dalam gaya penat pilih buku -
____
Nota:
Kalau ada umur, dan rezeki rasanya hendak ke Palasari cari buku-buku antik