Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004

NYANYIANMU


<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


E-Novel


KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






 
Friday, July 11, 2008
Berkereta Api ke Jakarta

Dari lapangan terbang, kami berenam menaiki Kijang (ala-ala Toyota Unser) ke Stesen Kereta Api Bandung, ingin berebut untuk ke Jakarta sebelum sore tiba. Sayangnya, kereta api jam 2.30 petang sudah penuh. Di sini orang menggunakan waktu selepas 12 tengah hari sebagai pukul 13, 14, 15... untuk pukul 1, 2, 3... ah, ala-ala waktu tentera la pula. Kaksu kira ini pengaruh pemerintahan Sukarno dan Suharto, barangkali. Mujurlah kita di Malaysia guna waktu separuh-separuh sahaja. Dan kaksu senang lagi menggambarkan pukul dua pagi, atau dua petang... dalam penulisan novel, daripada pukul dua dan pukul 14:00.

 

Waktu dibawa Mas Tomi melalui bandar Bandung, tiba-tiba mata tertancap pada iklan kedai makan di sisi kaksu. Kepiting[1] Rebus dan Sup Kodok[2]. Ha, hati kaksu sudah waswas sepenuhnya untuk makan di sini. Kata Mas Tomi, ya kodok ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak. Kita orang sudah menjerit. Walaupun bagaimana cara ternakan katak, yang cuba menghalalkan cara... katak sejenis amfibia yang tidak boleh dimakan, titik! Kami sudah geli-geleman, dan mengambil sikap harus berhati-hati dengan segala jenis makanan yang akan 'diproses' menjadi darah daging. Rasa ini menempel lagi, ketika lewat tanah tinggi beberapa hari kemudiannya, kaksu juga ternampak iklan menjual susu keldai. Kalau daging keldai, tak boleh dimakan... susunya pun samalah. Wallahualam.   

 

Oh ya, kereta api orang Indon, panggilnya sebagai kereta, bagaimanapun dalam bahasa standard yang cuba diperkenalkan lewat iklan-iklan di kaca TV dalam Kereta Api Agro Gede[3] itu tertulis: kereta api. Kenderaan di sini namanya pelik-pelik, tetapi fungsinya unik.

 

Ojek – motosikal yang mengambil upah membonceng penumpang

Becak – beca la

Tut-tut @ bajaj – beca yang beroda dan menggunakan enjin

Angkot (akronim untuk: angkutan kota) – van yang berfungsi sebagai 'bas mini' – muat untuk 12 penumpang, ala-ala koboi dengan pintu terbuka, dan boleh aja angkut orang di mana-mana – tetapi destinasinya jelas

Cipaganti @ Travel – ini ala-ala van yang besar untuk antara daerah-daerah, lebih selesa siap dengan penyaman udara. Konsepnya, cukup 12 orang cipaganti ini jalan

 

Itu yang membezakan kenderaan di negara ini dengan di negara kita. Syud asyik diusik agar cuba menaiki tut-tut tu.

 

Perjalanan ke Bandung yang mengasyikkan, lewat jam 16.15 petang itu, kami selesa dalam ruang kelas eksekutif (Rp45,000 bersamaan RM16.20) dengan berbekalkan sajian ringan. Cadangnya, nak makan di Jakarta. Jadi mata hanya melihat makanan-makanan yang dipesan dari kafe kereta api, yang bertali arus melewati kami ke koc belakang. Hmm, sedapnya, tetapi teringat hal sup kodok tu, membuat kaksu harus sabar aja. Berebut ramai-ramai makan roti Gardenia Kak Noor dengan serunding (Em dan Nacha bawa) sewaktu beristirahat sebentar dalam lounge kelas eksekutif tadi – sebelum kereta api datang – rasanya sudah cukup sebagai alas perut. Air mineral yang sejuk telah membasahi tekak.

 

Pemandangannya Subhanallah, sawah-sawah padi yang bertingkat menghijau cantik. Melihat gunung-ganang yang terpasak di Tanah Jawa, langitnya yang menyembunyikan awan, membiru cerah, serta rumah-rumah penghuninya yang pelbagai, serta penduduknya dari segenap usia yang berdiri tidak jauh dari jalan rel, tanpa rasa gerun pada kereta api yang bergerak, membuat kaksu sedar, perjalanan kami sudah jauh, jauh meninggalkan tanah air.

 

Kami mengisi rasa mengantuk dengan lomba baca buku cerita dalam kereta api, selain dari yang memiliki kemera bergantian merakam suasana di luar kaca jendela. Tidak ada sesiapa yang berani terlelap, kerana kami harus memasang niat jamak takhir maghrib, pada jam 5:55 petang. Seawal itu, waktu maghrib sudah masuk di Tanah Jawa. Setelah memasang niat, hari semakin gelap, dan ada yang sudah terlelap. Kaksu tidak sabar menunggu dan menunggu... saat Jakarta merangkul kami. 

 

Perjalanan yang sepatutnya 3 jam 3 minit, berlarutan menjadi 3 jam 20 minit (walaupun kereta api bertolak tepat waktunya dari Bandung tadi) sehingga kami menempuh Stesen Gambir Jakarta à pada matlamat utama, Pesta Buku Jakarta 2008. Hah, Jakarta... ulat buku enam bersaudara sudah datang! 

 

Tiba di stesen, kami sudah dikerumuni dek pak-pak porter yang ingin mengusung koper. Mereka memakai pakaian khusus. Yang membuat kami (khususnya, Nacha)... ketawa hampir jatuh tangga Stesen Kereta Api Gambir Jakarta itu ialah pabila pak porter berkata: Ibu, tak ape-ape... kite boleh bawe beg ibu ke baweh (ala-ala loghat KL yang tidak menjadi).

 

Rupa-rupanya seperti kita yang ingin berbahasa Indon apabila berdepan dengan mereka, mereka juga senang untuk berbahasa Malaysia (baca Melayu) kan! Teringat kata-kata Em, kita guna bahasa kita! Takut dicubit Em, kaksu cuba tidak menggunakan bahasa Indon, kecuali pada mereka yang tidak memahami. Tambah lagi, Kaksu dan Em, berjanji ke Stadium Senayan (tempat pesta buku berlangsung) dengan berbaju kurung. Nak tunjuk identiti Malaysia pada siapa, ekh? Tidak siapa-siapa, kami kan datang sebagai 'duta'. Ahaks

 

Sebagai orang yang sangat menyukai kepelbagaian bahasa rumpun Melayu, kaksu menggunakan kesempatan ini untuk belajar sedikit-sedikit bahasa mereka. Penting buat kaksu gunakan tatkala menterjemah karya mereka ke bahasa kita, walaupun sebenarnya kaksu lebih senang membaca karya Indonesia dalam naskhah bahasa asalnya.

 

Untuk itu, terima kasih pada Bu Guru (Bunga) dan Pak Guru (A'a'a Tian), yang menjawab banyak persoalan kaksu mengenai peristilahan sepanjang perjalanan dari Jakarta ke Bandung, serta sewaktu kami pusing-pusing[4] Bandung.

 

Kayanya bahasa rumpun Nusantara kita... kan!

 

p/s: Esok, kaksu akan bercerita fasal tempat-tempat yang kami singgah untuk solat, dan cerita di sebaliknya... di Masjid Istiqlal (depan gereja lama) tu, misalnya, ada sorang perempuan ni yang asyik dok kontrol jemaah ala-ala tok siak(wati).



[1] ketam

[2] katak

[3] besar

[4] orang Indon kata 'keliling' atau 'putar-putar'… pusing, maknanya pening

Posted at 12:25 pm by noorsuraya

Posted by lara @ 07/15/2008 06:54 PM PDT
kaksu, kita ketawa guling-guling baca dialog pak porter tu :D (bukan mentertawakan, tapi dialog tu mmg tangkap syahduu huhu!) dpt kita bayangkan wajah pak porter yg innocent tu...
Posted by k ee @ 07/13/2008 09:51 PM PDT
syud, k ee dh naik naik tut-tut, nasib baik dekat aje serik.... kak su kita pun insist nk cakap Bm kat sini he he.. eh betul ke seronok tu maknanya lain... malunya!
Posted by ainunl.muaiyanah @ 07/13/2008 07:01 PM PDT
kaksu, masa belek2 buku endensor versi BM ternampak nama kaksu sebagai penterjemah.. wah~
Posted by kakmOn @ 07/11/2008 11:41 PM PDT
kaksu, imaen, wan.. cakap makanan pelik2 tapi kakmOn tetap suka makan CEPAganTI :P

psssstt baru 4ari tak kemari dah bersusun n3 makcik raja ek
Posted by mar @ 07/11/2008 03:07 PM PDT
*melopong plus speechless baca dongengan kaksu*...
Posted by nacha @ 07/11/2008 02:41 PM PDT
kaksu, mmg kelakar giler masa enche porter tu offer utk angkat beg. sy nak gelak pun terpaksa toleh ke lain takut dia terasa hati. (tapi mmg npk gaya mcm dia terasa hati) kesian kat dia. tapi nak buat mcm mana. dah dia dgn rupa selambanya nak cakap loghat kita.

hehehe... tok siak tu mmg lain dr yg lain. pakai telekong pun kaler maroon lagiii..
Posted by wan @ 07/11/2008 01:35 PM PDT
kaksu..
hehehe wan suka 'katak puru' tuh sedap!! nak2 klu cicah 'colek' ->kicap+gula+garamsikit+patah2kan cilipadi... eee sedapnya kaksuuuu :-)
Posted by kaksu @ 07/11/2008 01:12 PM PDT
imaen,
kena pergi sana, negara sarat dengan bahasa dan budaya... orang Kedah kata cekodok, sebagai cucor kodok... hahaha, orang kelantan pula makan 'katak puru' - ada yang cecah budu, ada yang cecah sambal.

p/s: katak puru ialah sebutan untuk buah nam-nam, la

wan,
mana kaksu pandai mendongeng... wan, tapi kalau ada kursus menjadi dalang wayang kulit @ penglipur lara, kaksu nak aja ikuti... :D
Posted by wan @ 07/11/2008 01:00 PM PDT
kaksu...
:) *bab kodok*

hahahaha *bab slanga pak porter*

apa2pun pada wan setiap detik yang kita lalui adalah perkara yang termanis dan terindah berlaku dalam hidup wan... seronok!! ops kalau kat sana seronok maksudnya lain... kan kaksu?? hehehe *teringat mas Kef*

tak sabar nak tunggu n3 yg seterusnya walaupun sendiri yg alaminya... tp bila kaksu ber'dogeng' lagi terasa indahnya!!

kaksu... tahun depan kita pegi lagi ya!! *isi duit dlm tabung sebagai persediaan*

:-)
Posted by imaen @ 07/11/2008 12:48 PM PDT
"Kata Mas Tomi, ya kodok ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak."

Kenyataan di atas adalah benar, memang ada kodok yang boleh dimakan - cekodok :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry