Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004



   

<< February 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


SURAT UNGU UNTUK NUHA (2007) diterbitkan oleh JEMARI SENI




"Nuha, benarkah tidak semua ombak akan menemui pantai?

KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Saturday, February 17, 2007
5tahun 5bulan versi kaksu VS hlovate

Versi HLOVATE

 

Buku ketiga terbitan Jemari Seni Publishing telah lebih dua minggu berada di pasaran. Bagaimanapun masih ada beberapa kedai yang belum lagi menjualnya, jadi kalau susah sangat hendak mendapatkannya di kedai... boleh sahaja pesan terus daripada penerbit. Sila lawat http://jemariseni.com.

 

Ceritanya bagaimana ya? Kenapa tajuknya begitu? Itulah keunikan dan kelebihan HLOVATE bercerita:

 

Sudah ada maklum balas daripada pembaca... dengar cerita sudah ada pun yang telah mencuba resipi peach cobbler di belakang buku tu.  Tadi, jiran selang dua rumah dari rumah kaksu telah mencubanya, tahniah kerana menjadi. Dan cik adik yang tinggal di vista tu, baru-baru ni berura-ura nak beli ketuhar.  Chewah HLOVATE, tiba-tiba aja semua orang jadi rajin ke dapur... gara-gara Si Ana :p

 

Alhamdulillah, sukanya mendengar cerita anak-anak dara suka turun ke dapur. Dan juga cerita mak budak yang mula bersemangat semula memunggah kaserol dalam almari kaca untuk membakar peach cobbler

 

Sekiranya adik-adik sudah mendaftar dengan http://jemariseni.com tentu sahaja sudah mendapat NewsLetter kiriman Kak Nila dan sudah pun membaca cerita di balik tabir penerbitan 5 tahun 5 bulan ni. Kak Nila juga sudah uar-uarkan juga mengenai buku akan datang HLOVATE. HLOVATE pelajar dari luar negara ini, memanglah seorang story teller... :p 

 

Ketika mengedit karyanya, kaksu masih juga tersenyum-senyum sorang-sorang setiap kali mengulang baca.  Dan apabila berbincang dengan pembaca pruf jemari seni, lagilah ketawa kami pecah di telefon tak sudah-sudah... HLOVATE menulis dengan gaya selamba dan bahasa basah. 

 

Hari tu sahabat kaksu yang turun-naik LRT mencatatkan, "sayangnya nak habiskan novel tu."  TAHNIAH HLOVATE.  Sekarang tentu orang dah tahu, apa yang dimaksudkan dengan 5 Tahun 5 Bulan tu....

 

Versi kaksu

Hari ini, untuk pertama kali kaksu dapat melayari Internet dari rumah sendiri.  Sejak berpindah ke sini, sudah lama kaksu tidak melayari dan menjenguk saudara-mara di maya. Sesekali kalau ada hal maha penting yang memerlukan kaksu e-mel orang, kaksu singgah juga di 'Bangi Inn' tu, tetapi sekejap sahaja, tiada masa nak berhai-hai dan berbai-bai dengan sesiapa pun. Rindunya pada semua orang.

 

Apa taknya, sudah lama kaksu tidak minum Teh Timor dengan kawan-kawan setiap pagi dan petang di beranda rumah Dahlia.  Sudah lama kaksu tidak ikut kutip daun teh di kebun Teh Timor milik keluarga Dahlia tu.  Tetapi baru-baru ni sahabat kaksu, bonda kepada hannan soffiya berperi: "sekarang musim kemarau daun teh tak menjadi maka dahlia boleh rehat sekejap"... leganya.  Jadi kaksu sabar sahaja sehingga hujan turun sebelum melakar semula.

 

Apatah lagi juga sejak pindah dan sebelum pindah lagi jari-jemari kaksu sakitnya asyik menggodam laptop siang malam. Untuk pertama kalinya selepas beberapa waktu ini, kaksu sudah dapat tidur dengan nyenyak seperti orang lain... setelah, 'dokumen' maha penting itu kaksu pos tengah hari Isnin hari tu.  Kepala kaksu terasa ringan sedikit. Kaksu jadi tidak tentu arah untuk dua tiga hari berikutnya, kerana kaksu tak ada apa-apa nak dibuat dan difikirkan. Harap-harap disertasi kaksu kali ini tidak perlu tambah apa-apa yang major-major lagi... cerita hal studi tu sudah jadi hampir 5 tahun 5 bulan.  Mengalahkan Johanna buat medic... tetapi apabila fikir-fikir balik dalam tempoh itu, kaksu sudah siapkan:

 

MELAHIRKAN TIGA BUAH NOVEL

Biru Ungu Cinta

Rindunya Kian Membara

Nyanyian Tanjung Sepi

 

MELAKAR TULISAN DI TIGA WEBBLOG

http://noorsuraya.blogdrive.com

http://noorthuraya.blogdrive.com

http://noorsoraya.blogdrive.com

 

MENDRAF CERITA DI EMPAT E-NOVEL

Nyanyian Tanjung Sepi           (40 episod)

Surat Ungu Untuk Nuha          (50 episod)

Rahsia Tanah Andriyana        (16 episod)
Tanah Andriyana II                  (2 episod)

Kalimah Cinta                           (10 episod)

 

MENGEDIT TIGA BUAH NOVEL UNTUK JS
Percayalah...

Relevankah Aku di Hatimu?

5 Tahun 5 Bulan

 

MENYIAPKAN SEBUAH BUKU ILMIAH

(untuk kegunaan pelajar Universiti Terbuka Wawasan)

iaitu, WLA 101 Bahasa Kebangsaan A

 

& Sedang Menyiapkan Surat Ungu Untuk Nuha + Kalimah Cinta

 

Alhamdulillah, rasanya kaksu bukannya teruk sangat membuang masa... selain bekerja (setiap hari berulang alik ke Georgetown-Sungai Petani).  Helah bela diri....

5 tahun 5 bulan versi kaksu

Peruntukan masa maksimum 5 tahun untuk melengkapkan ijazah sarjana linguistik telah tamat, kaksu memohon lima bulan lagi untuk melengkapkan disertasi kaksu. Kerjanya sudah siap, Cuma menunggu masa untuk penyelia semak kaksu baiki pemeriksa semak (lulus/gagal) kaksu baiki jilid. Ameen.

 

Hanya kerana penulisan disertasi yang sudah lama kaksu abaikan selama ini itu, kaksu ambil keputusan untuk sepi dari dunia blog hampir lebih dua bulan.  Kaksu cuba memberi seluruh tumpuan, kononnya. Itulah cerita 5 tahun 5 bulan versi kaksu... kaksu menjunjung kerja raja, mengelek kerja sendiri!

 

Sepatutnya kaksu boleh siapkan ijazah ini dalam 2 atau 3 tahun sahaja.  Ya lah dalam satu tahun setengah kaksu sudah lengkapkan 18 jam kredit kelas.  Dan 18 kredit lagi bergantung pada 30,000 patah perkataan penulisan disertasi.  Itu sahaja.  Disertasi kaksu bukannya tebal seperti Nyanyian Tanjung Sepi (755 halaman tu).

 

Itulah kaksu, bila datang bab menulis disertasi, kaksu lengah-lengahkan pula... kononnya tidak cukup waktu... mana perginya semua waktu, kalau apabila ada masa lapang seluruh masa kaksu dihabiskan dengan membuat semua perkara yang kaksu senaraikan di atas tadi.

 

Beberapa malam yang lalu, sahabat kaksu di tanjung puteri pula berpantun indah, "kalau sudah tertulis di makrifat, burung terbang menyerah diri."  Katanya dipetik daripada pantun Nuha dengan Alang... haaa, maknanya sudah lama kaksu tinggalkan cerita Nuha, sehingga kaksu lupa tentang pantun yang indah tu.  Terima kasih s**c mengingatkan kaksu dengan tugas yang belum selesai. Apa yang telah terjadi dengan kaksu, di mana kaksu sorokan hati kaksu ni, sehingga kaksu jadi lupa pada Nuha dan Alang.

 

Untuk teman-teman di dangau mak cik raja dan pembaca yang kaksu sayangi... inilah sedutan lukisan muka kulit Surat Ungu Untuk Nuha.... hasil tangan pelukis muda dari Kota Singa... dinda kaksu 'Bulan Purnama'.... terima kasih daun keladi.

 

 


Posted at 09:28 pm by noorsuraya

anim
February 22, 2007   11:06 AM PST
 
kak su...anim suka dgn cover suun tu...terbayg2 alang jatuh dr buai (kalau tak silap) kedlm kolam...paya dlm lukisan tu ker?
Lia
February 22, 2007   07:40 AM PST
 
aduhai kaksu memang terubat rindu setelah lama tak minum teh timor dan juga menikmati pemandangan sawah padi di kg alang..... ;p
wanAmalyn
February 21, 2007   11:12 PM PST
 
kaksu... lumayan sungguh 5t5b versi kaksu pada kami..!!

hanya mampu berangan ada kolam teratai sendiri... *dari bumi dongak ke langit* tingginya kayangan kita... mana tempat untuk teratai berkembang..??

menatap lukisan itu... betapa tenang & damainya... tapi kenapa hati ini masih lagi tidak sedamai itu menanti Alang & Nuha tiba dipelukan :p
Jid
February 21, 2007   10:46 PM PST
 
ish..tak puas la tgk kolam teratai kaksue nih..tak sabar nak tgk gambar yg lain2...rasa tenang..damai...
arirada
February 21, 2007   12:48 PM PST
 
welcome back, kak su!!
notie
February 21, 2007   06:54 AM PST
 
Waduh tahniah kaksu versi 5 thn 5 bln hasilnya lumayan buat kita org semua sebab dpt baca hasil nukilan kaksu. Apapun notie doakan semuga idea kaksu tidak pernah kering kontang dlm menghasilkan karya yg seterusnya dan seterusnya dan seterusnya. *nak novel kaksu lg sebenornya*

Teruskan lah apa jua perjuangan kaksu selama ini. Saya tetap menyokong selama-lamanya. Juga peminat setia kaksu selama ini *hehehe gaya nak membodek lagaknya* cayang kaksu muah 1 juta kali. Miss u so much.
kakmOn
February 21, 2007   06:16 AM PST
 
welkam bek :D pssttt qada tuh belom cokop.. kena bayaq kifarah *langoi kawat tepon atih bombong*
pinkJambu
February 20, 2007   09:04 AM PST
 
tak sabar menunggu SELASA hanya kerana lukisan comel ini.

adusss comel dan manis amat.

pssttt..utk pelukis 'ITU' bole tolong loret warna utk pinK ? *tak malunyaaa*
kaksu
February 20, 2007   08:21 AM PST
 
nawwir,
terima kasih... daun teh sudah mulai bertunas lagi... tapi :( uwaaa idea belum juga datang untuk tanah dahlia... biarpun bunga ros ungu harum mewangi

spec,
kaksu suka kolam teratai... boleh juga tambah kiambang seket... teringat kolam teratai & kiambang kaksu yang sudah kering mati :(

jid & yazmin...
:P:P:P:P ... datanglah, 5t5b versi kaksu? tamau dah... mengalahkan kerajaan punya rancangan malaysia dah tu. no more main-main kalau nak studi, buat yang penting2 dulu...
Nawwir
February 19, 2007   08:02 PM PST
 
Kak su......
Masa yang kak su habiskan untuk melaksanakan perkara yang tersenarai tu... amat la berkhasiat.

KAk su, segulung tahniah untuk 5 tahun 5 bulan , dua2 versi.
Dok ulang baca pun tak jemu.

Hati ini berbunga lagi bila teratai kembali mekar, juga pabila ros ungu merembeskan wangiannya, ahak.

p/s: sejak dua tiga hari ini cuaca selalu hujan, apakah mungkin daun2 teh akan kembali segar.
spectacularwave
February 19, 2007   04:33 AM PST
 
kaksu.. dapat lepaskan rindu kat kaksu baca entri ni.. terima kasih kaksu...

kaksu, spec pun ada kolam teratai tapi, belum siap sepenuhnya hehehe
Jid
February 18, 2007   03:48 PM PST
 
kaksue...jid yakin sangat...pasti kolam teratai kaksue ni akan jadi 'pot' terbaru yg paling disukai Yazmin nanti....tempat berangan...hehehehe...

Dear Kaksue...
Segunung TAHNIAH di atas segala pencapaian selama 5 Tahun 5 Bulan ni...alhamdulillah....(",).

Apa pula planning untuk 5 Tahun 5 Bulan akan datang kaksue?hehehe...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry